Monday 30 July 2012

Degree & Tadika

Assalamualaikum..

*sila baca menggunakan nada mazli si bimboo untuk lebih kegedikan*

Degree.. Apa tu? Ijazah la der.. Padiyappa la kalau tak tau kan... Berduduknya saya di sini, umpama roomate yang dibuang bilik tak ingin memperkatakan tentang pentingnya degree! Relax la derr, takkan la si zara hoihoi ni nak bagi motivasi di tengah malam yang hening lagi indah bertemankan bunyi kipas syiling... Pergh, ayat tak boleh metafora lagi ke zara hoihoi?

Straight to the Ampang Point , terus shopping raya *motif sangat* aku nak bercakap pasal ATTITUDE orang yang ada degree! Sebenarnya, bukan degree je, tak kisah la apa kelulusan korang, janji korang tak de sifat-sifat mazmumah, itu dah dikira chantek kuasa 2! Wahh, kelas kau zara, chantek kuasa 2 tak menahan.. 



Ini tak baru lepas SPM keje dekat kedai runcit Ah Chai sebelah simpang depan kedai kak limah nasi lemak, nak menyombong tak ketahuan hala.. Kentot hidu sendiri la kau! Itu belum lagi belajar sampai PhD, tak tau macam mana ghuper nya nanti...  Sabar je lah.. Yang geramnya, belajar baru takat degree, tapi berlagak macam kau sorang je kat Malaysia ni ada Degree.. Chilla der, bersepah kot orang ada degree.. Tak berlagak macam kau pun!! Owh please *dengan gaya bimboo*



Kalau nak berlagak sendiri je tak pe, ni siap nak perlekehkan orang lain, memang melampau kuasa tiga! Tak semua orang bernasib baik macam kau.. Entah-entah otak dia lagi super geliga dari otak degree kau tu! So moral of the story, tak payah nak berlagak dengan kelulusan yang kau ada! Kat akhirat nanti tak tanya pun kau belajar takat mana? 

Kalau otak tahap degree tapi attitude kalah budak tadika! puihh puihh la sama kau...

p/s: doakan sahaja yang terbaik untuk mereka... 

Thursday 26 July 2012

Belacan & Cheese

Assalamualaikum..

Wahh wahh wahhh kemahein kau, tajuk vogue kalah mak jemah tau.. Sebenarnya, nak cakap pasal issue Bahasa Malaysia dan English.... Memang la kita duduk Negara Malaysia kena berbahasa Melayu tapi tak bermakna kita tak perlu belajar English atau third language... Yer dakkk?

Aku prefer belajar English dari english song and movie.. Rasa macam lebih menyerap ke otak je... Lagi-lagi tang mencarut-carut tu memang tersangatlah cepat otak aku menghadam lepas tu bila start nak marah orang terkeluar la segala jenis perkataan haram aku belajar tuh... Aisyh, not nice la zara hoihoi... Tapi yang tak mencarut pun aku belajar jugak.. Pastu terus feeling-feeling amaricano bila dah bejaya speaking London .. Wahh gitueww, padahal kulit cerah sikit je dari orang Afrika.. *fuck you lily allen bergema di telinga*




Aku try juga belajar bahasa asing yang lain macam Arabic, Hangul dan Katalog, tapi disebabkan tak practice aku jadi lupa... So apa la salahnya aku 'practice'kan satu-satunya bahasa asing yang aku tau which is English.. Plus, aku kan student tourism so english is MUST... Kalau english pun aku tak lepas, acano ni? 

Aku bukan la nak mengejek, memboikot lalu merusuh kalau korang tak nak berbahasa Inggeris, aku tak kisah pun dan aku juga bukan nak berlagak aku ni orang amaricano bila mp3 aku penuh dengan english song dan aku prefer tengok wayang cerita english... Aku masih lagi bangsa Malaysia yang fasih berbahasa melayu,  beragama islam dan masih menuntut ilmu untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.. Insya-Allah... 

Belajar English bukan bermakna kita menyanjung penjajah tapi belajar English untuk menyaingi penjajah....

p/s: Try to improve my english and bahasa malaysia.. doakan yang terbaik untuk saya...

Thursday 19 July 2012

Super Ace

Assalamualaikum..

Hoyeah hooyeah.. Gila kentang seronok.. Kelas soft skill kena buat group.. Satu group 4 orang.. Kelas aku sem ni ada 20 ketul kuntum orang je.. Lelaki 5 ketul, perempuan lagi 15 kuntum.. Maka persepakatan telah dicapai, satu group ada 3 kuntum 1 ketul. Maka tertubuh la 

SUPER ACE


Wah gituew nama diberi cikebom cikebom... Disebabkan kitorang yang 3 kuntum seketul ni semua suka sangat tengok Running Man, maka dengan ini diisytiharkan nama group kami  ialah SUPER ACE bersempena dengan nama Ace Ji Hyo.. Trademark group kitorang memang comel.. Siap buat gaya comel Ji Suk Jin lagi.. Tidak ketinggalan DAEBAK juga disertakan sekali.. Nampak tak betapa rohani dan bersatu padunya group kami dengan Running Man? 


SUPER ACE, DAEBAK !

p/s: sila tonton Running Man setelah habis membaca.. 

Tuesday 17 July 2012

selebet

Assalamualaikum..

Di pagi hari yang indah dapat call dari ustaz.... Selamba pulak la aku jawabkan.. Ingatkan jejaka mana nak ngorat aku pagi-pagi ni.. Ghuper-ghupernya Ustaz Nizam yang ajar subjek Arab Communication yang call... Jawab call dengan suara rock baru bangun tido, lepas tu kantoi dengan ustaz pukul 8 pun tak bangun lagi.. Hati kecil terus menjerit

 'alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, dah tak 'jamilah' lagi depan ustaz'.

Habis satu kelas kena bahan.. Especially budak lelaki... Semua kantoi bangun lewat.. Si afifa pun kena jugak sebab call tak angkat lepas tu boleh plak missed call je balik Ustaz tu.. Sabar je lah... 

Dah alang-alang ustaz kejut tu, bangun je lah.. Macam biasa, bila bangun celik mata confirm lapar tahap kronik punya.. Nak harapkan ada makanan terhidang atas meja macam dekat rumah, memang harapan lah kan.. Nak tunggu aku masak sendiri lagilah, kebuluran la nampaknya.. Akhirnya..


Selamat dah dalam perut.. Balik kelas tadi, hujan.. Makan lagi sikit.. Gila kentang kau sedap hingga menjilat sudu kot.. Dah selamat dah semangkuk ais krim ni dengan mangkuk-mangkuk dia pun selamat duduk dalam tong sampah...  

chipirly

Assalamualaikum..


Chipirly bukanlah sejenis haiwan yang dipanggil riang-riang yang bontotnya berlampu dengan meriahnya.. Si Zara hoihoi yang selalu lapar pun tak mampu nak ada bontot yang berlampu dengan riangnya seperti riang-riang..


riang-riang

Monday 16 July 2012

one step closer

Assalamualaikum..

Hari ni bermulalah rutin kehidupan yang baru.. Takde lagi rutin harian yg pathetic macam dulu lagi.. Start hari ni kena rajin bangun pagi, takde lagi aktiviti tidur di tengah hari.. Takde Running Man di tengah malam buta dan tiada lagi makanan super best bawah tudung saji.. Yea zara hoihoi, dalam otak kau fikir makanan je kan kan kan..

Hari ni first day pergi kelas.. Kemahein awal bangun.. Kelas pukul 9, bangunnya pukul 8.30.. Memang terbaik kau zara hoihoi.. Disebabkan first kelas, so lecterur bermurah hati lagi baik hati keluar awal lepas terangkan sikit-sikit pasal subjek yang kitorang ambil.. 

Hari isnin sampai rabu kelas pagi sampai petang.. Straight to the Ampang Point, maka segala aktiviti wajib dilaksanakan dekat surau cubicle.. Masjid pulak jauh dengan jabatan aku sehinggakan rasa macam nak naik wheel chair je.. Zara hoihoi je rasa macam tu, orang lain tak pun kan...

Lepas tu bila dah tengah hari, mula lah mengantuk macam tak tidur 3 hari... Time tu terus rasa nak punggah beg, cari benda boleh buat bahan sengkang mata..  Tambah pulak perut yang buat konsert ala-ala MTV worldstage.. Sabar jelah.. Nasib baik esok kelas pukul 11 pagi.. Boleh la menikmati waktu tidur lebih sikit... 

p/s: sang assignment dah datang balik...

Sunday 15 July 2012

Orang Kaya Baru

Assalamualaikum..

Semalam 14 Julai.. Sapa student poli confirm faham kenapa dengan hari semalam.. Mana taknya.. Bantuan kewangan yang dinanti-nanti dah tiba.. Sesaat kau datang *ramlah ram sangat* hati terus menjerit keriangan.. Maka bermulah insiden terjatuh cinta dengan mesin ATM kan.. Terus rindu setengah mati kalau tak dapat jumpa mesin ATM kan kan..

Semalam beraktiviti dengan housie since PTPTN dah selamat di bank-in kan.. Maka menyewa kereta dan berlibur di kelab-kelab malam, shoping complex, Tesco Extra serta Kip Mart Masai menjadi kewajipan.. Selain itu perut tercinta juga haruslah diisi dengan makanan super best.. Chicken Chop Hutan Bandar semestinya... Terus pandang Nasi Goreng Kampung dengan ekor mata sambil menjeling dengan riaknya..

Semalam berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan kewangan seperti bershopping dengan rakusnya.. Aku berjaya menbeli 2 helai singlet dekat F.O.S dengan harga MYR 6.. Sambil tu dapat bermanja dengan T-Shirt Padinni, 2 helai MYR 36..  Sambil itu stock makanan juga tak dilupakan.. Terima kasih VISA *sambil cium cium kad bank*..

p/s: resit memenuhi dompet

Thursday 12 July 2012

Gaban

Assalamualaikum..

Bersiaran langsung dari Pasir Gudang.. Tiada aktivi yang kelihatan seperti biasa.. Cuma hari ni ada rutin baru.. Sental lantai depan rumah dengan karpet depan rumah dengan eyka.. Sental sambil merungut lapar akulah orangnya.. Kesian eyka kena tahan telinga dengar aku merungut pasal lapar.. Eh eh, padan muka sebenarnya.. Haha.. 

Lepas tu macam biasa tengok Running Man.. Dari pagi bawak ke malam sampai pagi balik hadap Running Man.. Nasib baik ada HaHa.. Terasa bahagia sebentar..


Housie pulak amik tender dengan cikgu sebelah rumah potong kertas.. Aku malas, takde lah nak tolong potong kertas semua tu.. Layan HaHa lagi bagus.. OK, dah cukup membebel, layan HaHa balik.. Bye

Hiburan

Assalamualaikum..

Kahkahkah.. Sidang jem'at sekalian.. Marilah kita bergelak ketawa di tengah malam yang buta lagi sepi ini.. Dah kenapa kau zara hoihoi.. Berbekalkan lap top dan berukband eyka dapatlah kurangkan sikit bosan hidup kat Pasir Gudang ni... Daftar kemahaien awal tapi kelas start minggu depan.. Menci mak nyah tau.. Serupo ponde la mu ni zara hoihoi.. 

Bila balik Pasir Gudang, semua dah jadi musuh.. Segala application yang aku download tak berguna lagi-lagi bila berkaitan dengan internet.. Playstore dengan aku pun dah putus kawan.. Tiada lagi tablet, TV, WiFi.. Yang tinggal hanya kenangan... Tiada lagi kawan sepermainan nak teman tengok boboiboy.. Tak dapat dah nak nyanyi lagu boboiboy tanpa segan silu umpama rockstar... Nanti housemate bahan.. *sroot sroot lap hingus

Tiada lagi makanan super mewah yang siap terhidang bila celik mata.. Nak makan kena jalan kaki dalam 3, 4 ratus langkah baru dapat makan.. Terus putus selera nak makan.. Sambung balik tengok Haha Oppa dalam Running man.. Lepas tu terus buat buat kenyang sebab musabab nak tunggu pukul 7, boleh order dan deliver depan rumah.. Yeah..

Haroro

Wednesday 11 July 2012

Karya Agung Kicap #2

Assalamualaikum..

SEKOLAH WONDERPETS
  Disekolah wonderpets ada pertandingan lumba lari oleh kerana wonderpets sibuk meneyelamatkan orang, mereka terpaksa menarik diri. Peserta yang mengambil bahagian ialah katak, ular, kura-kura, ikan lumba dan burung helang...


  Pertandingan dimulakan dan semua haiwan bergerak dengan pantas tetapi kura-kura berjalan dengan perlahan. Setelah beberapa minit kemudian semua haiwan sudah sampai kecuali kura-kura..


  Setelah beberapa hari baru kura-kura tiba. Kura-kura diumumkan sebagai pemenang kerana dia satu-satunya haiwan yang jujur dalam pertandingan. Semua haiwan pelik dan bertanyakan sebabnya. Hakim dan juri menjawab 'si ular kamu mengensot. si katak kamu melompat, ikan lumba kamu berenang dan burung helang kamu terbang. Sekarang ni pertandingan lumba lari bukannya mengensot, melompat, berenang juga terbang. 


  Keputusan itu disokong oleh binantang lain dan juga wonderpets.

Saturday 7 July 2012

cuti semester

Assalamualaikum..

Cuti semester dah habis.. Masa dahku pun banyak jugak terhabis dengan segala macam aktiviti-aktiviti lagho... TV, WiFi serta tablet si gendut dah jadi bestfriend forever and ever and ever and ever and ever.. Lap top terus pandang guna ekor mata.. Ekor kau, hoverr tau..

Kawan baik merangkap teman sepermainan pun jadi lebih sweet together gether.. Bisnes ternak lemak dah sememangnya terlebih maju, untung dn super jimat *motif?*.. Selain tu jugak, terus lantik diri sendiri jadi mem besar dekat rumah.. Gila kuasa nampaknya dahku ini..

teman sepernainan dahku

Setiap hari, remote astro ada di tanganku maka segala siaran dahku yang decide ye.. Wahh, gituew ye kau zara hoihoi.. Selain tu, peranan di rumah jugak bertukar.. Dari seorang kakak yang baik lagi humble tambah sikit sweet, kepada mak tiri.. Ahaks ahaks ahaks... Okay, fine fine.. Tak stepmother la gelak ahaks,ahaks, ahaks kan.... Menjaga 3 orang kanak-kanak serius mencabar.. Mental, fizikal, rohani serta jasmani kena kental, kalau tak confirm muka aku keluar Harian Metro front page uollz sebab kes dera.. 

Selain tu playstore dan dahku boleh menjadi geng kerana setiap hari ada je games baru dahku download secara percuma kerana memang download yang free je sebab kalau yg berbayar, nilai matawangnya tidak mengizinkan di waktu ini dan seterusnya sampai bila-bila.. Lepas tu semua games dahku yang pegang takhta highscore.. Terasa diri ini super hebat *spotlight*..

Tuntasnya, cuti semester ni aku duduk rumah jadi tukang makan segala jenis lauk mak masak selain memberi idea lauk apa nak masak untuk lunch esok di waktu lunch hari ini.. Kadang-kadang aku berfikir.. Kadang-kadang je bukan selalu sebab nanti aku akan emosional secara tak sengaja secara berlebihan...

p/s: back to JB...

Tuesday 3 July 2012

Karya Agung Kicap

Assalamualaikum...

KISAH SI ZARA YG MENYAYAT HATI BAGAI PUTERI SALJU PENGSAN DI TEPI JALAN
   Pada Suatu Hari, Zara ternampak duit 10 sen di tepi longkang.. Dengan penuh semangat Zara berlari dengan kelajuan 150km/j ke arah duit tersebut. Kerana berlari terlalu laju, Zara tak sempat berhenti lalu terlanggar semut yang sedang melintas di zebra line..

  Lalu Zara jatuh dan trauma kat tengah jalan itu selama beberapa tahun... Orang buat bodoh je.. Dia akan sedar kalau ada orang mendekatinya.. 

  Datang seorang lelaki menyapu sampah datang nak alihkan Zara sebab menghalang laluan jalan raya.. Tiba-tiba Zara tersedar dan menganggap lelaki itu cinta sejatinya dan hidup bahagia...

Kicap (1/4/2010) 

Kuburan

Assalamualaikum..

Kalau kau anak ketiga dalam keluarga dan mempunya abang yang terlalu banyak masa untuk dibazirkan sehingga meng'hijack' segala jenis laman sosial adiknya.. Ye, aku faham perasaan kau.. Aku faham.. Aku faham..

Sabar je lah aku dengan si gendut sorang ni.. Nasib baik ada sorang je abang. Kalau 3 abang macam gendut ni aku ada, memang tua kerepot sebelum masanya.. Sabar subur tak sabar masuk kubur...Ok, boooo zara.. Booo zara... Tiru caption izdiyani kawan baik hamis eh... Boo lagi.. Boo lagi.. Nampak sangat kau stalker blog iz ni.. Boo zara.. Eh, ni kempen nak boo aku ke boo si gendut...

Semalam, si gendut intajack instanot acc aku.. Pergh.. Siap caption bimboo habis terus rasa 'eh enoy gila dengan si zara ni' lepas tu tanpa segan silu share dekat twitter ... Ya Allah.. Sabar jelah..  Dah malas nak banyak cakap... Saksikanlah ke'bimboo'an si gendut di riba anda.. 


tengok gambar percuma caption!!



Monday 2 July 2012

Si Kicap Kegemaranku

Assalamualaikum..

Tajuk nak bimboo habis.. Apa kau nak promote produk kicap ke cik zara hoihoi? Jangan risau kicap manis cap kipas udang kaler merah tetap menjadi pojaan hati idaman kalbu.. Wahh, gitueww kau... Statement macam jadi duta kicap.. Yelah zara, kau merepek je dah seperenggan.. Seperenggan? 

Kicap ni sebenarnya nama gedik si Khairul Mubin.. Dulu masa kenal dia cemetot je..Dah la cemetot chubby plak tu.. Kalau jalan sebelah aku, umpama melihat kanak-kanak bermandi manda di swimming pool dari jambatan KLCC, tapi sekarang tak lagi.. Aku plak yang dipandang sebegitu.. Ciss!!

Si Kicap ni pemalu orangnya.. Masa form 5, dia suka sangat sebat buku nota yang UPM bagi free kat aku lepas tu bantai conteng 4 5 helai buat cerita dongeng dia.. Serious, kelakar kot bila baca.. At first, macam marah, tapi lama lama rasa seronok.. Malangnya dia sempat buat 4 buah cerita dongeng je *nanes*



Yang lagi satu kicap buat masa april fool.. Sampai sekarang gelak tak habis baca cerita kau.. Dengan kartun tak serupa kartun.. Comel je aku rasa.. Siap laminate tu.. Sayang punya pasal kan..


Inya-Allah, kalau ada masa free aku share la cerita yang Kicap karang ni.. Al maklumlah, sekarang ni busy setllekan apa yang patut untuk berambus dari tanah kelahiran ku ini demi masa hadapan yang cemerlang lagi gemilang.. Wah gituew, ayat dah macam ala-ala YB berkempen pulak.. 

p/s: cuti semester dah berakhir, bisnes lingkup..