Assalamualaikum!
Fall in love dengan suami orang!! Sapa yang patut dipersalahkan.. Lelaki atau perempuan.. Bagi aku bercinta itu tak salah tapi kalau dah sampai menggugat keharmonian rumah tangga orang lain itu salah!
Ramai yang terjebak dengan trend bercinta dengan suami orang ni..Dari budak sekolah sampai la janda beranak 4 pun !! Dah jadi macam perkara biasa je..Aku tak kisah kalau nak bercinta dengan suami orang tapi kenalah dengan cara..Nak salahkan lelaki pun tak boleh..Nak salahkan perempuan pun tak boleh juga! Bagi aku semuanya bergantung kepada keadaan.. Apa yang membuatkan suami/lelaki tu cari pucuk lain di luar ataupun mungkin sebab musabab kekasih/perempuan tu couple dengan suami/lelaki tersebut...
Macam-macam cerita aku baca dekat paper, majalah, article-article di internet tentang isu ni..Rasanya banyak keburukan daripada kebaikan bila bercinta dengan suami orang...
Kalau baca respon daripada orang ramai kenapa bercinta dengan suami orang, kebanyakannya akan cakap 'lelaki tu lebih matang & memahami', 'Jodoh ketentuan Allah'! Lelaki bujang tak matang & memahami ke?
Tapi tak boleh nak salahkan perempuan je...Kalau bertepuk sebelah tangan memang sampai sudah takkan berbunyi! Macam tuh jugak lelaki, kalau tak melayan mesti perkara ni takkan terjadi! Ye dak..
Bagi aku, kalau ya lelaki/suami tersebut nak jugak bercintan cintun dengan kekasihnya! KAHWINI dia! Habis cerita..Wife kau pun tak de lah sakit telinga mendidih hati sangat dengar jiran-jiran mengumpat dekat depan rumah,mukabuku,twitter & sewaktu dengannya lepas tu dengar kau ber'texting' bergayut dengan kekasih kau tu...Kalau kau ada anak pulak, tak de lah anak kau menanggung malu dengan kawan-kawan bila terserempak bapanya berkepit dengan perempuan lain lepas tu simpan dendam sampai mati dengan kau & kekasih..Itu PARAH!
Yang perempuan pulak, pandai-pandailah jaga kehormatan diri, jangan sampai di label PEREMPUAN MURAHAN, JALANG,BETINA TAK TAHU MALU & lain-lain..Kalau betul kau sayang suami orang tuh, discuss dengan parent kau, tanya opinion diorang, timbang balik rasionalnya kau kahwin dengan suami orang? Fikir balik tentang hati & perasaan wife dgn anak-anak dia! Bila bercinta kentut pun bau wangi..Bila dah kawin..........*fikirlah sendiri*
To all lovers kat luar sana *especially husband orang & kekasihnya* fikir la, apa perasaan mak,kakak, adik perempuan korang yang suaminya kena kebas dengan perempuan lain! Apa kan jadi dengan masa depan anak-anak diorang?
p/s: maaf kerana terlalu beremosi!