Wednesday, 27 March 2013

Puaka

Assalamualaikum..

Buat masa ni hanya ada 2 benda yang berpuaka bagi aku!

Pertama 7-Eleven 
Kedua Internet Connection

5 minutes in 7-Eleven stores boleh spend sampai RM 20 hanya untuk junk food and 30 minutes online its actualy 12 hours in real life!

Sungguh berpuaka!

Sunday, 24 March 2013

Konpius!

Assalamualaikum..

Being a normal me is hard. Why, because me always in the state of confusion. It's hard for me untuk tidak confuse dalam satu hari. 

Situation 1: Dekat ofis

Pain: Zara apa beza parent dgn parents?
Me: Entah. Ibu bapa kan. Cer kau google.
Pain: Ada yang eja ada 's' ada yang takde 's'.
Me: *confuse*

Situation 2: Pasar Malam

Pain: Zara kau nak beli apa kejap lagi?
Me: Tak tau la. Aku nak makan benda panas tapi sup dekat pasar tak sedap la.
Pain: Dah tu kau nak makan apa?
Me: Entah lah. Nasi goreng kot tapi teringin nak makan benda panas *confuse*

Situation 3: Restaurant

Kawan: Weh zara kau nak makan apa?
Me: Nak menu.

*after 5 minute*

Kawan: Zara, kau nak makan apa. Cepatlah order!
Me: Tak tau. apa yang sedap kat sini. Banyak sgt dalam menu. Semua sedap *confuse*

Situation 4: Rumah

Because of me have a wobbly leg, me always tersadung bila jalan even pakai selipar and sometime jatuh tangga. Last friday, me jatuh tangga. Silly me.

Ayah: Apa tu, kau kenapa?
Mak: Apahal ni. Kau ni kenapa? Kau pengsan ke? Macam mana boleh jatuh tangga?
Me: Entah *confuse*

Situation 5: Depan peti ais

Me: Hurm.. aku nak buat apa ye *talking to myself*

*confuse*

See how easy am i to get confuse :( 

Confuse nak upload mana terus upload dua dua :)

p/s: Kenyit mata sikit sebab nak motivate abang pegi JPJ renewkan lesen yang expired hari ni.

Tuesday, 19 March 2013

Raub

Assalamualaikum..

Lepas sesi nasi lemak, Pak Cik ajak berjalan ke Raub rumah kakak Mak Cik. Dah pekena nasi lemak 3 pinggan, mata pun makin berat. dalam kereta apa lagi, lawan dengkur la masing-masing.

Sampai Raub almost 3 macam tu. Lepak lepak kejap, tengok baby comel nama dia Iqbal.

Iqbal, muka comel kalah perempuan.
Lepas tu Pak Teh buat simple birthday party untuk Pak Cik.


Lepah habis makan kek apa semua, Pak Teh bawak kitorang berjalan dekat Taman Bandar Raub dan Taman Tasik Raub. 

Dekat Taman Bandar Raub tak best sangat.  Tempat dia pun macam dah tak terjaga, banyak benda rosak dan sangat bahaya untuk budak kecik yang nak main playground kat situ. 

Bola Tampar
pain si Ibu Mithali.
Football yaww!
Habis keluar peluh masam apa semua! Lepas tu Pak Teh ajak pegi Taman Tasik Raub.

Taman Tasik Raub
Tempat ni sesuai untuk sesiapa yang rajin berjoging atau just nak berjalan. Kawasan dia sangat luas. Tasik pun cantik.
The Gang's
Cucu Pak teh semua comel. Lepas ambil gambar semua berebut sebab nak tengok gambar dekat screen  camera yang kecik cinonet tu.


Dah habis pusing satu Taman Tasik Raub, balik rumah mandi apa semua and back to Ampang. Million thanks to Pak Teh for the hospitality and Eyka's family sebab sudi masakkan nasi lemak dekat budak gemuk ni sambil bawak berjalan sampai ke Raub.

Cik Sapian - Pak Teh - Mak Teh - Cik Rosnani
p/s: kalau ada rezeki jumpa lagi, Insya Allah :)

Monday, 18 March 2013

Janji ditepati!

Assalamualaikum..

*entry tanpa gambar*

Sabtu hari tu pegi lepak PWTC. Layan Matta Fair. Lepas tu balik rumah eyka dekat Pangsapuri Hospital Ampang.

Ramai gila orang sampai tak sanggup nak stop lama-lama dengar explanation dari each travel agent. Nak snap a picture lagi la tak sanggup. Kutip pamplet banyak banyak je la. Kamera gabak tu tersimpan elok je dalam beg. 

Dari PWTC naik LRT turun dekat Cempaka then naik cab turun depan Hospital Ampang, cross jalan dah sampai Pangsapuri Hospital Ampang.. Yeay.

Rumah eyka tingkat 16, gayat beb! Tapi seronok nampak view Ampang. Kitorang sampai dah malam tak dapat la tengok sunset. Lepas tu layan Running Man dengan Pak Cik Aliff, Eyka dengan Firdaus. Pukul 3 pagi baru tido.

Esoknya overslept. Bangun je dah 9++. Pegi mandi apa semua dah terbau nasi lemak dengan sambal ikan bilis ayah eyka. Fuhh. Tujuan utama datang sememangnya nak makan nasi lemak pun. 3 kali bertambah! 

Bukan gambar sebenar
Alhamdulillah, tercapai hasrat nak makan nasi lemak ayah eyka. Terima kasih pak cik dengan mak cik sebab susah payah masakkan nasi lemak sambal ikan bilis pakej free tips untuk budak tak reti malu megidam mengada-ngada ni.

Lepas tu siap tapau sekali. Dah la tapau nasi lemak dapat pulak pakej percutian ke Raub. Full story coming soon okay. soon. soon soooooooon. 

p/s: Happy Belated Birthday Cik Sapian.


Teaser: Ke Raub La Kite

Assalamualaikum..


Bersama rakan seperjuangan melepak dekat Pekan Raub atas ihsan Eyka dan keluarga. Yeay... Day trip yg sangat memenatkan yet awesome like always :)

Okay nah pesen perempuan melayu terakhir main bola sambil buat modelling! That  what we called multi-tasking' yawwww!

Soon i'll update about it. Soon. Bukan janji tapi pasti. 

p/s: Teaser Maha 2012 pun tak tercerita. Puihhh!

Friday, 15 March 2013

MATTA Fair 2013

Assalamualaikum..


Jom ramai-ramai lepak MATTA Fair weekend ni dan grab macam-macam promotions special untuk pengunjung MATTA Fair.

Ada juga contest untuk pengunjung yang membeli belah di MATTA Fair :)

Tertakluk kepada terma & syarat.
Untuk maklumat lanjut click sini.

My company tak join MATTA Fair but my boss will be there as exhibitor, join company member dia.

p/s: Jumpa dekat MATTA Fair esok :)

Wednesday, 13 March 2013

Visa

Assalamualaikum..

Baru 3 bulan practical blog dah diabaikan dengan begitu sadis. Been quite busy with other social network and movies sampai ter'neglect' blog tanpa sedar. Alasan super lame =='

takde motif letak muka bacin di awal entry!
Macam biasa, hari ni settlekan urusan application visa client. Esok nak kena hantar dekat Embassy China.


Kalau sesiapa yang berhajat nak bercuti ke China, kena apply visa kalau tak tak boleh masuk. Nak apply visa China senang nak meninggal rasanya. First kena ada gambar terbaru size passport, passport, voucher hotel dan tiket flight.

visa application form - passport - gambar ukuran passport yg terbaru
Lepas tu macam biasa isi form ikut format yang dia dah bagi. Form boleh download dari sini. Fill up form, sign, tampal gambar, bawak passport and form yg dah complete then hantar dekat Embassy China, Jalan Ampang tak silap, lepas 4 hari bekerja boleh collect dekat embassy. Buat payment, collect passport then settle :)

Tapi kalau nak senang call/text/whatapps/viber/wechat no ni 017 359 33 94, serahkan passport, visa form yg sudah ditandatangani, tiket flight, hotel voucher dan gambar size passport yang terbaru, buat payment dan siap. Yang lain, kami uruskan *wink wink

fill up form fill up form fill up form
Sekian sahaja berita kami untuk hari ini dari Broadway Travel & Tours. Kita kembali ke twitter.

p/s: #Pray4Sabah

Thursday, 7 March 2013

Fiesta Pancing BSN 2013

Assalamualaikum..

muka bacin lepas kayuh basikal :)
Lepas puas kayuh basikal dekat Taman Botani, kitorang pegi Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland. Sebelah je pun dari Taman Botani. Masa kayuh basikal tu memang sampai pun cuma tak jumpa je kat mana Cik Aziz pacak pancing.

Sampai je, Cik Aziz belanja cendol semangkuk. Nikmat. Sambil tu tunggu pengumuman pemenang dengan cabutan bertuah.

Bangla hensem import khas dari Kuantan.
Takde rezeki Cik Aziz dengan Zahir kali ni. Lepas tu balik rumah and lunch ramai ramai. Yeay.


Best weekend ever for this year, i guess. Great food with a great family. Me loves you..

p/s: Bila En Ayah nak pegi Kuantan ni?

Monday, 4 March 2013

Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum..

Hari ni rombongan Kak Kiah bangun lewat sebab semua overslept pegi melawat Putrajaya. Kali ni sesi lawatan meliputi Taman Botani dan Taman Reakreasi Air Wetland. 

me, adik. yuni and fiqa
Before ni asyik pegi Taman Warisan je tapi itu cerita zaman sekolah. Zaman spender pun mak beli lagi. Pegi sini sebab Kak Ayu kata boleh cycling. Maka gembiralah hati ini nak cycling sambil bakar lemak lemak yg ada. *tepuk peha,

Dress code salah ye.
Muka excited nak cycling sekali sampai basikal habis. Tunggu la dlm 20 minutes mcm tu baru ada basikal. Sewa basikal RM 4 utk single seater and RM 8 utk tandem. Kitorang sewa 2 basikal single seater dgn 1  tandem. 


At first ingatkan 1 jam tak cukup nak cover 1 Taman Botani tu, sekali baru kayuh 20 minute dah pancit. Adik baru naik bukit sikit complaint penat. Lepas tu semua mengelat naik bukit. Nak cycling area turun bukit je. 


Dah habis cycling, pegi dekat pintu masuk Taman Botani sebab nak amik gambar dekat statue apa entah. It was so beautiful dgn lukisan, ukiran. Senibina jgn cakaplah. Fantastic.


One day bila ada my own house nak ada pintu macam ni. 


Tak rugi datang sini. Lepas ni nak ajak some of my friends cycling dekat sini :) Tapi kena datang awal pagi or else cycling di tengah hari terik. Sunburn tau. 

Actually, hari ni one of my close friend masa secondary school kahwin tapi tak dapat nak attend. I'm so sorry Fifi.

p/s: #PrayForSabah