Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan June... Masa berjalan dengan pantas.. Aku je yang still lagi dalam keadaan 'slow motion'.. Cuti sem dah sebulan satu hari.. Fuhh... Hari tu ada baca entry rutin hidup FL.. Terus malu dengan diri sendiri.. Nak tau rutin hidup aku pulak. Ok nah..
5.30 a.m: Segala jenis alarm sang adik-adik serta sang kakak berbunyi meriuhkan suasana pagi raya..
7.00 a.m: Bangun tidur, kelip kelip mata, check handphone, tutup kipas..
7.30 a.m: Turun bawah, amik kusyen buat bantal, sambung tidur..
10.30 a.m: Buka mata, enjut budak comot dalam buaian, on TV..
11.30 a.m: Mandikan budak comot, bagi makan, isi air teh dalam botol budak comot, sambung tengok TV..
|
budak comot |
12.30 p.m: Kutip balik kusyen buat bantal sambil baring tengok TV macam mem besar dalam rumah..
1.00 p.m: Rasa lapar, makan, basuh pinggan, minum air, sambung balik tengok TV...
2.00 p.m: Tidurkan budak comot, Zuhur, sambung balik baring tengok TV sambil bersosial networking di hujung jari.. Kadang kadang lipat kain semalam campur hari ini punya kain baju..
4.00 p.m: Owh tertidur balik dengan budak comot rupanya... Tengok TV lagi sambil bersocial networking di hujung jari..
5.00 p.m: Mandikan budak comot, bagi makan dan kadang-kadang makan bersama.. Kemas bakul budak comot. Membebel dekat budak comot.. Asar dan mandi..
6.00 p.m: Bawa budak comot bersosial dengan anak jiran yang sebaya..
7.00 p.m: Masuk dalam ke rumah, tengok fasha sandha dengan fahrin ahmad hari-hari bergaduh.. Lepas tu fasha sandha gaduh dengan apa entah nama perempuan tu. Lepas tu perempuan apa entah nama tu bergaduh dengan ayah dia yang apa entah nama jugak..
7.30 p.m: Mandi dan maghrib.. Baring atas katil yang empuk...
9.00 p.m: Tertidur lagi rupanya, turun bawah, cari makanan, makan, basuh pinggan, tengok baju berlonggok.. Takpelah, esok lipat.. Kadang-kadang lipat juga malam ni.. Ambil kusyen jadi bantal, baring tengok TV lagi sambil bersocial networking di hujung jari lagi..Bosan, main games dekat tab pulak sampai bosan..
11.00 p.m: Isyak..Lepas tu, kalau rajin switch on lappy layan Running man.. Selalunya malas.. Kalau malas, bersocial networking di hujung jari sambil peluk bantal sehingga tertidur...
Ni lah rutin hidup aku dari hari Isnin sampai Jumaat.. Sabtu, Ahad jangan cakaplah.. Nanti aku rajin aku tulis la rutin hari Sabtu dan Ahad ye.. Itupun kalau rajin la.. Lame gila life aku.. Pathetic betul...
p/s: memory card rosak.. gambar masa BBQ semua hilang *nanes*