Monday, 16 July 2012

one step closer

Assalamualaikum..

Hari ni bermulalah rutin kehidupan yang baru.. Takde lagi rutin harian yg pathetic macam dulu lagi.. Start hari ni kena rajin bangun pagi, takde lagi aktiviti tidur di tengah hari.. Takde Running Man di tengah malam buta dan tiada lagi makanan super best bawah tudung saji.. Yea zara hoihoi, dalam otak kau fikir makanan je kan kan kan..

Hari ni first day pergi kelas.. Kemahein awal bangun.. Kelas pukul 9, bangunnya pukul 8.30.. Memang terbaik kau zara hoihoi.. Disebabkan first kelas, so lecterur bermurah hati lagi baik hati keluar awal lepas terangkan sikit-sikit pasal subjek yang kitorang ambil.. 

Hari isnin sampai rabu kelas pagi sampai petang.. Straight to the Ampang Point, maka segala aktiviti wajib dilaksanakan dekat surau cubicle.. Masjid pulak jauh dengan jabatan aku sehinggakan rasa macam nak naik wheel chair je.. Zara hoihoi je rasa macam tu, orang lain tak pun kan...

Lepas tu bila dah tengah hari, mula lah mengantuk macam tak tidur 3 hari... Time tu terus rasa nak punggah beg, cari benda boleh buat bahan sengkang mata..  Tambah pulak perut yang buat konsert ala-ala MTV worldstage.. Sabar jelah.. Nasib baik esok kelas pukul 11 pagi.. Boleh la menikmati waktu tidur lebih sikit... 

p/s: sang assignment dah datang balik...

No comments: