Friday, 3 August 2012

Karya Agung Kicap #4

Assalamualaikum..

KISAH HERO HINDUSTAN MATI SIA-SIA
  Seorang budak kerja part time dekat zoo dengan memakai pakaian beruang. Semua orang sukakan dia. Pada suatu hari, seorang mak cik menjerit kerana ternampak beruang terlepas.. 


'Help.. Help.. Help!!'


  Kebetulan pada masa yang sama budak yang pakai costume beruang tu buat aksi ganas dan mendebarkan.


  Tentera askar yang datang kat tempat zoo tu untuk menangkap beruang yang terlepas tadi ternampak budak costume tu. Mereka ingat budak costume tu beruang sebenar lalu mengarahkan semua askar bersedia.


  Semua kereta kebal bersedia untuk menembak. Budak costume tu ingat dia tengah berlakon sebagai watak tambahan dalam cerita hindustan lalu menunjukkan gaya ganas. Askar yang berada dalam kereta kebal jadi gelabah lalu terus tembak beramai-ramai. 


_______________ * _______________

  Tugu peringatan telah dibina di tepi tandas zoo tersebut sebagai tanda kesian kepada budak itu.

No comments: