Assalamualaikum..
*sila baca menggunakan nada mazli si bimboo untuk lebih kegedikan*
Degree.. Apa tu? Ijazah la der.. Padiyappa la kalau tak tau kan... Berduduknya saya di sini, umpama roomate yang dibuang bilik tak ingin memperkatakan tentang pentingnya degree! Relax la derr, takkan la si zara hoihoi ni nak bagi motivasi di tengah malam yang hening lagi indah bertemankan bunyi kipas syiling... Pergh, ayat tak boleh metafora lagi ke zara hoihoi?
Straight to the Ampang Point , terus shopping raya *motif sangat* aku nak bercakap pasal ATTITUDE orang yang ada degree! Sebenarnya, bukan degree je, tak kisah la apa kelulusan korang, janji korang tak de sifat-sifat mazmumah, itu dah dikira chantek kuasa 2! Wahh, kelas kau zara, chantek kuasa 2 tak menahan..
Ini tak baru lepas SPM keje dekat kedai runcit Ah Chai sebelah simpang depan kedai kak limah nasi lemak, nak menyombong tak ketahuan hala.. Kentot hidu sendiri la kau! Itu belum lagi belajar sampai PhD, tak tau macam mana ghuper nya nanti... Sabar je lah.. Yang geramnya, belajar baru takat degree, tapi berlagak macam kau sorang je kat Malaysia ni ada Degree.. Chilla der, bersepah kot orang ada degree.. Tak berlagak macam kau pun!! Owh please *dengan gaya bimboo*
Kalau nak berlagak sendiri je tak pe, ni siap nak perlekehkan orang lain, memang melampau kuasa tiga! Tak semua orang bernasib baik macam kau.. Entah-entah otak dia lagi super geliga dari otak degree kau tu! So moral of the story, tak payah nak berlagak dengan kelulusan yang kau ada! Kat akhirat nanti tak tanya pun kau belajar takat mana?
Kalau otak tahap degree tapi attitude kalah budak tadika! puihh puihh la sama kau...
p/s: doakan sahaja yang terbaik untuk mereka...