Tuesday, 22 May 2012

good music can be so hard to find

Assalamualaikum..

Hari itu hari Ahad.. Hari Ahad aku bad mood..Mungkin gara-gara seulas surat cinta dari kakak polis trafik.. Ciss... Tekejut mak nokk.. Masuk je simpang terus terkejut sebab tak sempat nak tarik seatbelt akhirnya gelak berdekah-dekah secara ikhlas je la mampu buat..... Pandai kakak polis trafik set up tempat buat road block ye.. Owh ye.. kereta yang selama ni aku bawak tak tampal P.. Kan dah kena sound  secara berbudi pekerti lagi sopan santun dengan kakak polis trafik..

surat cinta terhebat sepanjang zaman
Ada hikmah disebalik surat cinta ni.. Aku jadi lebih berhemah ketika memandu.. Mana tak nya, nak pegi kedai Kak Limah beli nasi lemak kat hujung simpang pun pakai seatbelt.. Lagi satu, En Ayah pun dah tampal balik huruf P dekat cermin kereta.. Insaf terus.. Mana taknya, duit En Ayah dah melayang RM 300.. *terima kasih En Ayah*

Semalam hari Isnin.. Hari Isnin hari gembira.. Mana taknya.. Berita gembira bergolek golek datang..  First, of course lah pasal result exam semester 2.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Menuju puncak *tibatiba*
Yang keduanya... Semalam ada cikgu hensem datang rumah delivery barang.. Jeng jeng jeng.. Seriously, memang hensem cikgu tu.. Selamat Hari Guru, cikgu hensem.. Kau umpama lilin yang menyinari hidup anak bangsa.. Amboih, ayat tak menahan kau.. Sesaat kau datang *ramlah ram sangat* hati terus tergedik-gedik kegembiraan.. Dah la hensem, bawak pulak hadiah birthday yang ayah pesan.. Ciri-ciri menantu ayah betul..

number phone peliss cikgu hensem?

Terima kasih En Ayah, walaupun lambatkan dan tidak seperti yang di idam-idamkan.. Dapat yang ni pun ni dah besar nikmat. Dah la cikgu hensem yang deliver tambah lagi memory card 8gb.. Boleh la bergambar dengan cikgu hensem sepuas hati jiwa raga serta hempedukan..Tak lupa, nak ambil gambar dengan en ayah jugak... Syukur, Alhamdulillah... 


Ye faham, faham.. Tajuk entry tak de kena mengena dengan isi kandungan.. *emo dengan diri sendiri*

p/s:  Family day :)

No comments: