Tuesday 31 January 2012

30th FEBRUARY

Assalamualaikum!



Pejam celik..pejam celik dah masuk bulan February..

p/s: Sem 2 banyak cuti,,yeeeaaahhhhh :'D

Monday 30 January 2012

Bye Bye Kolumpo!

Assalamualaikum!

Bye bye kolumpo..Hye hye Johor! Hope everything goes well as planned...Sangat la sebak menunggu bus dekat TBS ni sorang-sorang! Damned boypreng jauh sangat..Kan dah padan muka tak de orang nak teman naik bus..

My mom is getting better! Alhamdulillah..Syukur..Thanks for your doa....

p/s: 3 weeks je zara, then boleh balik kolumpo lagi!

Sunday 29 January 2012

Nasi Minyak + Orange Juice

Assalamualaikum!

Again makang free lagi! No pictures this time sebab camera tak dak and nak pergi kenduri pun tak plan! Memang sangat rushing..Sebab tu pergi kenduri kahwin pakai baju hitam..Tak style langsung...Yeah..I'm still here in KAJANG..Tiket bus dah habis...sedih *read gumbira*! Actually yang kahwinnya kakak azmeer! Tapi disebabkan kitorang ni kan 'best friend forever until eternity' adik die..Eternity bukan infinity..So kitorang dijemput sekali untuk meraikan memeriahkan majlis yang tersedia meriah & MAKANG *semestinya*!

sumber: gugler

Terima kasih daun keladi to my only Dato' left for the invitation & his family too because of the great food and kenduri of course! To kakak azmeer
Today is a day you will remember, the greatest in anyone's life.
You'll start off the day just two people in love and it as husband and wife.
And with luck, all your hopes and your dreams can be real, may success find its way to your hearts.
Tomorrow can bring you the greatest of joys, but today is the day it all starts. 
Million thanks jugak kat  Ajie sebab sudi jadi driver tak bertauliah pergi kenduri kawen naik kete merah kau, next time jadi lah driver aku lagi..Aku suka lagi gumbira..Lagi-lagi bila naik kete merah duduk kat belakang! Bergaya kata orang...


p/s: Jum doakan mak aku sembuh ye! Dah 2 hari demam :'(

Friday 27 January 2012

Housie Bukan Kuda

Assalamualaikum!

Yup! Housie bukan kuda tapi short form kepada housemate ok! Pada suatu hari, kami segerombolan housie berasa bosan duduk di rumah dan ingin mencari tiket flight untuk pulang ke kota raya iaitu Las Vegas! Lalu kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kereta kuda dan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kotaraya johore bahure dan membeli tiket flight..Bak kata pepatah sambil menyelam minum air terus batal puasa *tak de kaitan*...

Rombongan kereta berkuda!

Setelah puas bersiar-siar sambil mencuci mata yang tidak berapa nak suci kerana suka menonton filem-filem america, kami mengambil keputusan untuk ke Lapangan Terbang Larkinoh *google sekarang!*..Sambil kami mencari jalan untuk ke sana, kami telah menemui satu artifak *la sangat* yang berharga! Maka kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar sekeping dua untuk dijadikan bahan bukti dan semoga diharapkan dapatlah dimasukkan ke dalam buku teks sejarah tingkatan 1 kelak!

Tinggalan sejarah yang kami maksudkan adalah taman Merdeka, Johor! *Banyak pengantin ^_^*


Tempat ni sangat cantik! Rugi Parameswara tak datang dulu..Infrastructur pun baru, tapi masih boleh upgrade lagi boleh tarik rakyat J W Birch datang melepak tempat ni..Lepas tu tempat ni boleh masuk paper kan kan kan! 


Tempat ni macam buku teks sejarah tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5 la kiranya! Cerita berkisar pasal Malaysia dari zaman penjajah lagi..Interesting sangat sebab die cerita dalam bentuk mural...So senang nak faham la...

Saya tak gay!

us!

Lepas tu semua pun penat berjalan, penat bergambar..Owh lupa plak..Dekat Taman Merdeka ni jugak ada liveband tau!



Setelah berpuas hati *bajet karangan UPSR*, maka kami pun bergerak lah pulang! but before that kenalah ambil gambar bersama-sama.....

us :)

So remember guys!
HOUSIE BUKAN KUDA!

bye bye!

Thursday 26 January 2012

Husband Orang je Yg Matang!!

Assalamualaikum!

Fall in love dengan suami orang!! Sapa yang patut dipersalahkan.. Lelaki atau perempuan.. Bagi aku bercinta itu tak salah tapi kalau dah sampai menggugat keharmonian rumah tangga orang lain itu salah!

Sumber: pak cik!

Ramai yang terjebak dengan trend bercinta dengan suami orang ni..Dari budak sekolah sampai la janda beranak 4 pun !! Dah jadi macam perkara biasa je..Aku tak kisah kalau nak bercinta dengan suami orang tapi kenalah dengan cara..Nak salahkan lelaki pun tak boleh..Nak salahkan perempuan pun tak boleh juga! Bagi aku semuanya bergantung kepada keadaan.. Apa yang membuatkan suami/lelaki tu cari pucuk lain di luar ataupun mungkin sebab musabab kekasih/perempuan tu couple dengan suami/lelaki tersebut... 

Macam-macam cerita aku baca dekat paper, majalah, article-article di internet tentang isu ni..Rasanya banyak keburukan daripada kebaikan bila bercinta dengan suami orang...

Kalau baca respon daripada orang ramai kenapa bercinta dengan suami orang, kebanyakannya akan cakap 'lelaki tu lebih matang & memahami', 'Jodoh ketentuan Allah'! Lelaki bujang tak matang & memahami ke?

Tapi tak boleh nak salahkan perempuan je...Kalau bertepuk sebelah tangan memang sampai sudah takkan berbunyi! Macam tuh jugak lelaki, kalau tak melayan mesti perkara ni takkan terjadi! Ye dak..

Bagi aku, kalau ya lelaki/suami tersebut nak jugak bercintan cintun dengan kekasihnya! KAHWINI dia! Habis cerita..Wife kau pun tak de lah sakit telinga mendidih hati sangat dengar jiran-jiran mengumpat dekat depan rumah,mukabuku,twitter & sewaktu dengannya lepas tu dengar kau ber'texting' bergayut dengan kekasih kau tu...Kalau kau ada anak pulak, tak de lah anak kau menanggung malu dengan kawan-kawan bila terserempak bapanya berkepit dengan perempuan lain lepas tu simpan dendam sampai mati dengan kau & kekasih..Itu PARAH!

sumber:pak cik!

Yang perempuan pulak, pandai-pandailah jaga kehormatan diri, jangan sampai di label PEREMPUAN MURAHAN, JALANG,BETINA TAK TAHU MALU & lain-lain..Kalau betul kau sayang suami orang tuh, discuss dengan parent kau, tanya opinion diorang, timbang balik rasionalnya kau kahwin dengan suami orang? Fikir balik tentang hati & perasaan wife dgn anak-anak dia! Bila bercinta kentut pun bau wangi..Bila dah kawin..........*fikirlah sendiri*

To all lovers kat luar sana *especially husband orang & kekasihnya* fikir la, apa perasaan mak,kakak, adik perempuan korang yang suaminya kena kebas dengan perempuan lain! Apa kan jadi dengan masa depan anak-anak diorang?

p/s: maaf kerana terlalu beremosi!  

Wednesday 25 January 2012

Dum Dum Cheeeeeh!

Assalamualaikum!

Happy Chinese New Year guys...Orang lain dah berabad wish..Aku baru nak wish..Every year setiap kali CNY jiran depan rumah aku akan buat lion dance...Ulang balik JIRAN DEPAN RUMAH sebab musababnya uncle nie sifu lion dance dakat Sekolah Yu Hua,Kajang...

So aku sebagai jiran depan rumah dia wajiblah keluar sambil menyibuk di hadapan rumah sambil memberi semangat & sokongan padu lagi jitu kepada jiranku ini..Sambil tu tak lupa juga di tangan haruslah ada camera untuk capture moment(s)-moment(s) terindah..Mana la tau tiba-tiba lion tuh ajak kau kawen ke kan *ptuihh*!

uncle...

Tahun ni uncle bawak army lebih sikit! Selalunya uncle bawa lion-lionnya sahaja..Tapi hari ni uncle bawa PURPLE DRAGON ....Memang exsaited habis tak payah cakap la..Aku pun angkut sekali bala tentera yang terdiri daripada anak-anak mak aku asuh belai manja tatang bagai duduk menempel depan rumah dengan muka seposen dengan harapan dapat angpau 3 4 puluh keping sorang!

Bala tentera harapan nusa bangsa kutip angpau!


Dum dum cheeh..Dum dum cheeh..Hambek kau...Sekali die ketuk, bergegar habis satu badan! Jatuh berguguran segala lemak-lemak aku bela..Bebala tentera(s) aku ada yang tunjuk muka takut..Aku gelisah..Ini macam boleh bikin plan batal..



Performance memang sangat best..Tambah best bila percuma kan kan kan...Lepas tu lion-lion ni pun berjimba dengan senang hati..Aku pun makin senang hati nak capture moment(s)-moments(s) terindah!Makin lama makin dekat pulak lion ni..Aku ingat aku zoom terlebih..Ghupernye....................

memang dok berjoget depan aku!

Lepas habis sesi tanjat gegirl bersama lion, lion-lion tu pun beramah bermesra dengan peminat eh penonton yang terdiri dari kalangan-kalangan jiran tak kira umur, bangsa ataupun agama..1 Malaysia..*tiba-tiba*

we <3 u lah,LION

Lepas sesi beramah mesra, lion tu jadi penat so lion tu take a break with kit kat! Comel je aku rasa 3 ketul lion tuh melepak mcm ni! COOL bak kata orang america!

=)

After that depa 3 ketul ni makan buah limau..then makan salad la..pastu depa 3 ketul ni macam hormat kat tuan rumah...Depa angguk-angguk, geleng-geleng *nasib baik tak teleng* kepala...


Last but not least, budak kecik pakai topeng tuh *lupa nama dia* dia bagi kacang and sweets kat peminat-peminat setia yang dok tunggu ang pau dari start sampai habis! 


Alhamdulillah! Salah seorang army aku dapat kacang dengan gula-gula yang budak ni bagi tapi aku hampeh merasa sebutir kacang pun...ggrrrrrrr

Lepas lion dance..Kami pepara-pepara tetamu VIP disajikan dengan dragon dance pulak *ada ke*! Sangat seronok..Aku dok pikiaq *read fikir* macam mana la naga yang panjang tuh nak berjoget depan rumah kitorang ni yang hanya muat satu lori sampah je bila..Tapi lori bomba pun muat..Arghh ghasak!

Ghupernye senang je! Tak macam aku fikir....

terer kau! respect weh!

Semua pepara-pepara jemputan *tuan tanah kedaung tak jemput pun, kitorang yang pandai-pandai jemput diri sendiri* tepuk tangan sebab dapat tengok lion dance dgn dragon dance FOC!

*standing applaused*

p/s: Terima Kasih tuan tanah kedaung bagi cikedis-dis-dis kat jiran depan rumah tuan tanah kedaung*kitorang la tu*..Happy Chinese New Year kat uncle and family.....!

Aku Memang Tanggang!

Assalamualaikum!

Isnin lepas, Club Tourism Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PIS) buat Majlis Suai Kenal (MSK)..Untuk eratkan dan rapatkan lagi hubungan yang tak berapa nak rapat tu antara student tourism daripada sem 1-sem 6! So setiap kelas WAJIB buat persembahan..Tema bebas! Tak kisah la nak buat pasal apa janji korang buat persembahan!Lantak korang lah nak menungging,tertonggeng, terbalik ke! 


Macam last sem, tema pelancongan! So kitorang pun bantai nyanyi lagu Na Na Na Ganu Kito! Amek kawwww....Memang kutuk diri sendiri kaw kaw punya sampai la sem 2! So masing-masing dah tanam tekad dalam hati & sanubari nak buat yang paling best sebab musabab tak nak kutuk diri sendiri lagi bila dah masuk sem 3! 

Apa persembahan kitorang? So kitorang decide buat sketsa bertajuk 'Aku memang Tanggang' tapi bukan aku lah! Idea mencurah-curah turun last-last minute! Esok nak berlakon! Jam dah pukul 3 tapi still tak buat apa-apa...Alhamdulillah syukur sebab masing-masing bagi kerjasama yang padu,jitu dan mampat *erk* untuk siapkan skrip! Idea asal dari Haziq..Tapi semua pun menyumbang masa, tenaga, wang ringgit, air liur nak perah otak untuk dialog..

text abam sayang dulu

So petang tu jugak settle bab skrip! Berlatih mana yang sempat je..Malam nanti baru buat full rehearsal! Lagu background, setting props etc etc! Lepas tuh perut chomel dah menangis minta di isi sebab musabab dari pagi tak makan..Lepak kedai makan dekat Hatyai Masai!

Gigih berbincang pasal nak makan apa!

Malam tuh bertemankan cahaya bintang & rembulan serta lampu jalan, kitorang meredah onak duri ranjau kehidupan untuk berlatih malam ni sebab nye nak make sure esok lepas berlakon tak nak kutuk diri sendiri sampai sem 3! 

Aku suara latar je pun!

Habis rehearsal dalam pukul 10 mlm...Sambil jalan sambil pikir nak pakai baju apa esok! Al-maklumlah..Nak jumpe abam kasut tom purple ..Hahahaha..Last-last kitorang satu rumah decide pakai baju blok asrama *skema itu hot*...Esoknye bangun memang exsaited tak terhingga...Tapi kitorang dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lain..Aku kumpulan 8 tapi aku jadi pendatang asing dekat kumpulan 7! Ini semua gara-gara hasutan si Pipah Bini Tanggang!

Kumpulan 7

2nd place weh! *vangga*

Now to the serious part! Acting..Bukanlah aku yang berlakon..aku suara je...Tapi nervous jugak..Takut tersalah baca, baca part orang ke, baca tak ikut pelakon & semua kerunsingan yang sewaktu dengan nya ....Risau aku weh..

kami

Layan kan aje!

Ucapan tak berapa aluan! *gigil*

Part akhir semua pun naik nyanyi lagu Ayah & Ibu by Sudirman..

Guess what! kitorang menang tempat ke-2..Satu lagi kelas untuk sem 2 dapat no 3! Not Bad la kan compare to last year yang hanya nyanyi part chorus kan kan pastu kutuk diri sendiri sampai sem 2..Alhamdulillah!



Kumpulan aku dgn Pipah pun menang jugak! Double joyness rasa macam makan double prosperity pulak!!!

p/s: Great memory! thanks guy...

Nasi Ayam Penyet + Orange Juice!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah! Wedding Zura & Ghafar berjalan dengan penuh meriah! Masing-masing lagi dah gigih bangun pagi, mandi, make up bagai nak tengok depa menikah! Rombongan cik kiah dari Pasir Gudang ke Kulai disertai oleh Izara Aisyah *puihpuih*, Mai Salleh , Faten , Eyka , Pain & boypreng (lan), Najib , Haziq & girlpreng (Acha Muar) , Nora  & Dato Jalaludin Hassan *pun boleh*!

pain, mai, me, nora, ijan
faten, me, nora
Kitorang pergi dengan 2 buah motor, 1 teksi, 1 beruang! Sangat la best...Masing-masing muka excited duduk dalam kereta....Akhirnya sampai Kulai jugak setelah kematu habis buntot dalam kereta almost 2 hours kan..Kitorang yang paling sampai awal! Sampai semua dah siap terhidang...Masing-masing mau tapi malu nak masuk jadi aku mem'tak malukan' muka sendiri masuk after dapat green light dari zura! Masuk je rumah terpegun dengan pelamin and hantaran dia! Ala-ala english garden tapi dalam rumah..Nice...=)

Gossipan while waiting majlis nak start!
Zura sangat cantik that day! Inai die lawa..simple but nice..Her outfit that day sangat stunning! Make up natural but still nampak lawa! *jelous*! FYI, zura ni kecik molek je orangnya..

=)

Sesi akad nikah yang paling ditunggu-tunggu! Imam Muda yang nervous bukannya si pengantin lelaki...

bukan zuradiana tapi zuranadia tok..
Masa Akad Nikah tu memang nervous...Macam aku pulak yang nak nikah! Aku duduk port baik punye..Belakang pengantin dengan harapan nanti gambar aku lebih sikit *keji*...


Aku yang gelabah ayam semacam! Zura chill je..Siap senyum sampai telinga! Konpius aku.... Alhamdulillah! Diorang dah sah jadi husband & wife dengan sekali lafaz *cayalah*... Lepas tu macam biasalah sesi batal membatal..Bukan batal makan nasi ayam penyet *mouth watering* tapi batal air sembahyang...Depa dua orang tukar-tukar cincin pastu kiss-kiss dahi! hah yang tu lah!

 manis

Lepas tuh wajib lah ada aktiviti camwhore antara pengantin dengan pepara-pepara tetamu kan kan kan!

us

Pastu time family zura amik gambar! Sume pun aim je si adiknye zura..Dah tak tengok Zura amik gambar..Terus puji adik Zura bukan Zura *kejam*

Adik Zura hensem!

Tuntasnya, Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat & sila lah cepat-cepatkan menimang baby!

p/s: Terima kasih Najib & kawan Najib tak ingat nama sebab temankan aku dekat Larkin ye..

Friday 20 January 2012

Nasi Minyak + Air Sirap

Assalamualaikum!

Esok nak attend Nikah Ceremony Ms Zuranadia & Mrs Ghafar !! After the ceremony barulah saya cerita dgn lebih detail ok! Zura ni classmate saya and still lagi classmate sejak sem lepas! She's lovely, sweet, putih & kecik molek! She simple and interesting! She loves make a joke while her face was so serious! *imagine*

May remain to the end of life 
*google translate pliss*

them <3

Esok juga akan berangkat pulang ke Melaka tanah tumpah darah kesayangan hati saya which is my lovey dovey mak, Pn. Norhayati Muslim!

I heart you Puan Emak 
p/s: doakan semuanya berjalan demgan lancar ye..

MS Eung Ean Na & Chinese New Year

Assalamualaikum!

Selamat Hari Jumaat! Alhamdulillah masih lagi bernafas di hari Jumaat yang mulia ini..

Pagi yang indah dimulakan dengan acara membasuh cadar,sarung bantal dan yang sewaktu dengan nya sebab musabab nye! esok nak balik Melaka...Ye..Bermula esok tanggal 21 Januari 2012 para-para pelajar Politeknik Premier Ibrahim Sultan *proud to be one of the premier* akan memulakan cuti chinese new year nye pun selama seminggu! ia..Saya ulangi SEMINGGU!

So sebelum pulang ke kampung halaman! haruslah mengemas apa yang patut dan WAJIBbul ghunnah camwhore tak hengat dengan sahabat tak berapa handai, para-para musuh & juga sekawan lecterur yang berbangsa cina sebab musabab mengharapkan simpati sepicit tiga dapat limau tiga empat puluh biji kotak dan dan dan dan dan dan angpau raya warna merah dengan isi-isinya sekali merah..*ikut tema katakan*


Tahun ni MS tak buat open house sebab MS dah tak larat! Awal-awal kena warning jangan datang! Tapi tak pe MS, kami, rakyat-rakyat DUP 2B tak tau pun kat mana alamat rumah MS! Kalau menggunakan teknologi cangggih seperti GPS atau google maps *melampau kau* mungkin takkan jumpa jugak sebab musabab MS tak bagi alamat rumah!

Jadi pagi-pagi amik baju kurung kaler merah *semangat raya katakan* ala-ala kadar je! Berjalan kaki penuh rintangan dan cabaran, mendaki bukit, meredahi jalan tanah merah nak ke poli dengan harapan dah graduate nanti dapat tolong kurangkan beban mak ayah sekilo dua....Nampak guard senyum tapi guard buat muka garang..Owh..patutlah.. Aku tak pakai matric card rupanya..Takpe aku malas nak patah balik mengharungi badai gelora..Jadi aku terus maniskan senyuman sambil bukak langkah lebar sikit! Alhamdulillah..taktik aku berjaya..

Dalam kelas  nak belajar tapi otak dah sampai Melaka tapi maintain muka serius, dahi kerut-kerut, tangan gigih menulis lepas tu bajet hebat jawab soalan yang MS bagi kan dah padan dengan muka dan bentuk tubuh badan kena berdiri dekat depan sebab salah jawab! 

Tapi tak pe! Bila dah habis sesi pembelajaran & pemerhatian.....................
Maka kami, rakyat Malaysia....eh..eh..silap..
Maka kami, segerombolan rakyat-rakyat DUP 2B pun menggunakan teknologi terkini untuk ber'camwhore' tah hengat di samping MS tersayang! *MS tak ghumuk! MS chumel la*


nah amik ni pipah!

'saya tak pegi bersalin lagi'

Comel je kan! Have a safe journey la ye kamu semua.. Balik jangan lupe bawak limau sorang sebijik bagi kat saya ni! =) Last but not lest....

Guys you rock the PIS!

p/s: Happy Chinese New Year guys!

Thursday 19 January 2012

Rabu Punyer Cerita

Assalamualaikum..

Ada apa dengan hari Rabu bagi seorang pelajar Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PIS) !
Proud to be one of the premier *kembang lobang hidong sat*...
Ianya sangat la menarik hinggakan mampu tersenyum sehingga ke cuping telinga! OK itu tipu!
AR 201 (Co-curiculum)! yeah..Saya masih lagi mengamalkan aktiviti sihat ini sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman politeknik! *vangga*..Subjek ini WAJIBul ghunnah LULUS! Jikalau tidak haruslah anda berkokurikulum bersama junior-junior sehinggalah lulus..Sungguh tidak menarik kerana ianya akan menjadi perbualan di kalangan rakan-rakan,sahabat handai, jiran tetangga di asrama dan juga kawasan perjiranan di sekitar poli dan ianya sangatlah tidak COOL! Jadi setiap petang pun bermula tepat 1415 haruslah berada di Komplex Sukan yang terletak sejauh 5436 meter dari rumah ku syurga ku untuk melakukan aktiviti yang serba serbi sihat ini iaitu memanah! ye saya ulangi MEMANAH! 

Kenapa memilih memanah! Sebab saya nak try something new! Before ni selalu je tengok orang memanah rasa macam cool je kan..especially para-para gentlemen yang main kan! *imaginasi melampau*...Macam-macam perasaan ada bila dapat tau yang diriku yang kudus dan suci ini berjaya masuk ke Kelab Memanah PIS ! so, sejak first day perjumpaan lagi dah tanam azam yang jitu dan membara dalam diri ini menjadi sehebat ROBIN HOOD *apakah*...

Tapi...........................................................


saya hanya mampu bergambar sehebat Robbin Hood je...Akhirnya Kelas Memanah hanya jadi Kelas bergambar Memanah! Semuanya lost control bila masing-masing dapat pegang bow tu! Baik lelaki mahupun perempuan semuanya jadi terer bergambar bersama memanah !!

Bila masing-masing dah bosan memanah tanpa hala tujuan..inilah jadinya...Lecterur pun hanya mempu pasrah je!

'pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas'

Akhirnya angan-angan dan semangat yang membara dalan dada dah padam! bak kata pepatah hangat-hangat taik ayam, hangat lagi semangat zara! *bahasa jiwa bangsa* Dan akhirnya jugak saya hanya mampu pegang bow & say cheese!

 Don't Try This at Home

Sharp pukul 1615 saya dan semangat yang membara yang dah padam dalam dada pun pulang ke rumah! Ye..pulang ke rumah dan tidur lepas tuh dah lupa apa lecterur ajar petang tadi..Jadi hanya mampu bermimpi untuk jadi sehebat ROBIN HOOD.. Setelah melalui tangga, bukit, cerun etc etc untuk pulang ke rumah.. Maka kaki jadi penat, tekak jadi dahaga.. Rasa macam dah mengembara beribu kilometer *exagorate*..
Nasib baik ada Mani yang rajin piggyback sampai rumah sewa! =).. Thanks ya...


=')

p/s: Sapa percaya mani kendong sampai rumah? angkat kaki sikit..

Wednesday 18 January 2012

PRECIOUS

Assalamualaikum.

Dewasakini, eceh! *ayat bajet karangan UPSR* OK..bukak je mukabuku.com..
orang ni, orang tu, orang nu, orang sana miss kat saya..*bajet retiss la kau*
ye.. aku pun merindui kamu semua! Kamu rindu saya tak?
Almost 2 year kita lepaking, studying *la sangatkan* eating, gosipping etc etc la kan! haisyh..of cos la rindu!
cakap pasal makan, teringat dekat laksa acik kantin! Setiap hari RABU, wajiblah semua bersiap-siap dengan kadar segera berlari-lari anak ke kantin untuk membelinya sehinggakan cikgu tak keluar lagi dah siap kemas meja dgn beg..Jangan tiru ye adik-adik! *lap air liur leleh-leleh dekat kain batik*! Ok dah kelaut..
sambung balik part miss-miss!
Semenjak dah meninggalkan alam persekolahan ni, makin la rindu kat kamu semua pun! Bila nak jumpa, boleh belanja aku karipap sorang singget! *tibe-tibe*


OK..sambung balik part miss-miss...
Walaupun dah 1 tahun dah abis sekolah..still lagi ingat kat korang! *blushing*
Walaupun ada certain-certain tuh langsung tak nampak muka dah! tak pe tak pe!
Aku still lagi ingat kat kamu tau! 
Walaupun dah masuk poli, jumpe kawan baru!
Tapi still tak sama dengan kamu semua! Tak ada 2 bagi kamu *hak tuih,jiwang derr*
Too much precious memory dengan kamu!

TERIMA KASIH SAHABAT :')

p/s: rindu nak pakai baju putih. tudung putih, kain biru pegi klas!

R.I.N.D.U

Assalamualaikum!


saya pun merindui awak jugak SHYRA! *blushing*
terima kasih sebab rindu saya!