Thursday 16 August 2012

Kuliah

Assalamualaikum..

Semester ni memang kaw punya jadual... Nak merungut tak guna, kuasa di tangan mereka.. Ikut kan je lah.. Hari-hari pergi kelas muka sememeh kalah singa bangun tidur.. Asal ada gap je, surau lah tempat aku bertapa.. Surau perempuan sebelah toilet dekat JPH dah jadi tempat wajib untuk menikmati masa yang berharga kalah emas untuk tidur.. Sedap woih, lantai dia sejuk... 

Bila matahari pun dah malu-malu nak tunjuk muka, start lah drama masing-masing... Mata pun kuyu je, mulut jangan cakaplah kan, confirm menguap setiap saat siap berjangkit-jangkit dengan satu kelas lagi... Kepala time tu confirm jadi BFF dengan meja dalam BK..  Kalau kelas dalam DKJ, lagi nikmat.. Air cond beb, air cond... Makin erat hubungan aku dengan meja tu... 

Lepas tu duduk belakang Nur Zawana Amaliya, memang syok! Sapa agak-agak suka bercamwhore tak hengat dunia, jemputlah duduk belakang dia.. Confirm bersepah gambar kau.. 


Malas nak cakap banyak, maklumlah puasa kan.. Ni lah contoh kalau duduk belakang Wana.. KANTOIIII 





p/s: Pn Emak ni bukan tidur, ni salin nota namanya!

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum...


Sunday 12 August 2012

Saturday 11 August 2012

Karya Agung Kicap #3

Assalamualaikum..

AKTA PELIK & HUKUMAN PELIK (KESIAN)


  Ajie merupakan seorang yang kachak, Dia ada banyak pasangan. Ajie ada pasangan baik bernama Markonah. Suatu hari, Markonah pergi ke rumah Ajie sebab nak bagi kuih karipap yang dia beli RM 1 tapi tak habis *tinggal sekeping je lagi*. Tiba-tiba dia terdengar suara orang perempuan dekat dalam rumah Ajie mengerang kesakitan dan ketawa.


  Markonah seorang yang OTAK KUNING dan terus melaporkan kepada Balai Bomba *bukannya nak report dekat Jab. Agama Islam*. Pihak Bomba datang dan terus pecahkan pintu rumah Ajie.Pihak Bomba dan Markonah terkejut kerana rupa-rupanya Ajie tengah tengok cerita Na O Mei dengan neneknya yang baru sampai dari kampung.


  Markonah dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan iaitu menfitnah dan membuat laporan palsu dan didakwa atas Akta Orang Gila 1987 dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Wednesday 8 August 2012

semalam

Assalamualaikum..

Semalam plan dengan jiran tetangga untuk tengok wayang.. Jiran celah mana biarlah jadi rahsia.. Total recall dah aku aim awal-awal.. Seluar jean cap downtown serdang aku sarung penuh semangat, t-shirt Padinni baru beli buat stock raya aku sental pakai.. Sweater roomate aku pinjam .. Ye, aku dah siap.. Siap sedia untuk layan total recall sambil mulut gigih mengunyah pop corn.. Otak plan baik punya, kereta wajiblah parking dekat dengan eskelator wayang demi mengelakkan exhausted..

Setelah penat berjalan melalui liku-liku construction, akhirnya aku sampai depan TVG Cinema... Malangnya, perjalanan yang aku lalui hanyalah sia-sia.. Puihh la weh.. Kenapa kau harus tutup di malam ini.. Hancur berderai segala impian aku.. 

Lepas tu aim CS.. Nasib baik ada GPS, kalau nak ikut map yang ada dalam otak maknanya lepas raya la kot baru sampai CS.. Nampak tak betapa slow learnernya aku bab highway kat Malaysia ni... Malangnya tutup jugak.. Malam semalam memang malam memboikot aku dari tengok wayang ke hapa? Sejak bila TVG dgn Cathay boleh jadi bff nak boikot aku dgn jiran tengok wayang ni? Tak faham tau? *tampar pipi tampar pipi*

Akhirnya Bazar Karat je la yang kitorang pergi.. Sumpah bosan.. Tak kena dengan jiwa kot... Total Recall hanya tinggal bayangan.. Frust tertonggeng-tonggeng terus request nak bunga api demi menceriakan hati.. Malangnya bunga api tinggal 2 ikat.. Kejadahnya 2 ikat nak share 10 orang.. Puihh la wahai jiran hoi.. 

Pasrah je la dengan bunga api 2 ikat.. Next destination is kedai makan.. Terbakar habis setelah ber'total walking' dua buah shopping mall tambah sikit bazar karat... Malangnya kembali, kereta jiran yang auwm tu dah disaman kerana parking kereta sesuka hati.. Wahai jiran, jangan lupa bayar compound ye.. Next is kedai makan, malangnya kembali nasi goreng kampung aku masin.. Pasrah je la.. 

p/s: improvement

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum...

Saturday 4 August 2012

Untunglah!

Assalamualaikum..

'Untunglah ada boyfriend hensem kalah Datuk Z', kata Kak Jemah kepada musuhnya Siti Sifir dengan nada cemburu buta... Lalu Siti Sifir membalas dengan api cemburu membakar dada 'Untung lagi orang tu ada boyfriend bawak extra super bike, besar punya'.... 

Sapa notice pasal trend 'untunglah' ni? Aku tersangatlah notice kot sebab housie and friends semua tebal sifat mahmudah dalam diri lalu terus merendah diri dengan menggunakan 'untunglah' trend ni.... As for me 'untunglah' trend ni means nothing.. Setakat nak bergurau senda sambil mengeratkan hubungan silaturrahim apa salahnya... Me too always use the trends to mingle around with them... :)



Tapikan sometime rasa macam enoy gila kot bila asyik nak 'untunglah'.. Tang mana untung tak tau.. Sometime rasa macam nonsense je 'untunglah' trend ni.. Contohnya kau nak keluar makan nasi lemak kak temah janda anak lima hujung simpang rumah dgn crush then tiba-tiba one of your friend using the trend 'untunglah boyfriend belanja makan nasi lemak kak temah janda anak lima hujung simpang tu'.. Walaweh, nasi lemak tu seringgit je pun.. Pergi makan dengan crush pun kena jalan kaki.. Apa yang untung, meh habaq mai sat kat aku... Sometime the trend are not match with the situation tau.. 




So why not kita semua make a deal, start from today stop using the 'untunglah' trend and change it with Alhamdulillah.. Tapi kalau setakat nak bergurau senda bertepuk tampar bertumbuk bergaduh pun boleh but ada limit nya... Carefull with your own words and jokes honey :)


p/s: tired of being somebody doll :(

Friday 3 August 2012

Karya Agung Kicap #4

Assalamualaikum..

KISAH HERO HINDUSTAN MATI SIA-SIA
  Seorang budak kerja part time dekat zoo dengan memakai pakaian beruang. Semua orang sukakan dia. Pada suatu hari, seorang mak cik menjerit kerana ternampak beruang terlepas.. 


'Help.. Help.. Help!!'


  Kebetulan pada masa yang sama budak yang pakai costume beruang tu buat aksi ganas dan mendebarkan.


  Tentera askar yang datang kat tempat zoo tu untuk menangkap beruang yang terlepas tadi ternampak budak costume tu. Mereka ingat budak costume tu beruang sebenar lalu mengarahkan semua askar bersedia.


  Semua kereta kebal bersedia untuk menembak. Budak costume tu ingat dia tengah berlakon sebagai watak tambahan dalam cerita hindustan lalu menunjukkan gaya ganas. Askar yang berada dalam kereta kebal jadi gelabah lalu terus tembak beramai-ramai. 


_______________ * _______________

  Tugu peringatan telah dibina di tepi tandas zoo tersebut sebagai tanda kesian kepada budak itu.

Thursday 2 August 2012

Kisah Cinta

Assalamualaikum..

Biarlah kisah cinta kita sahaja yang tau.. Tak perlu orang ketiga untuk tahu.. selagi kau bukan sah milik aku dan aku bukan sah milik kau, we keep it as secret :) Tak perlu prove satu dunia yang kita bercinta, cukup hanya kau, aku dan keluarga yang tau.. At least, kalau kita takde jodoh tak la malu sangatkan :) Lagipun tak semua orang akan mendoakan yang terbaik untuk relationship kita, so why don't we keep it as secrets, keep on praying and lets Allah make the decision for us.. 


Nanti dah sah, baru kita share the stories with others okay! *senyum nampak gusi please*