Wednesday 8 August 2012

semalam

Assalamualaikum..

Semalam plan dengan jiran tetangga untuk tengok wayang.. Jiran celah mana biarlah jadi rahsia.. Total recall dah aku aim awal-awal.. Seluar jean cap downtown serdang aku sarung penuh semangat, t-shirt Padinni baru beli buat stock raya aku sental pakai.. Sweater roomate aku pinjam .. Ye, aku dah siap.. Siap sedia untuk layan total recall sambil mulut gigih mengunyah pop corn.. Otak plan baik punya, kereta wajiblah parking dekat dengan eskelator wayang demi mengelakkan exhausted..

Setelah penat berjalan melalui liku-liku construction, akhirnya aku sampai depan TVG Cinema... Malangnya, perjalanan yang aku lalui hanyalah sia-sia.. Puihh la weh.. Kenapa kau harus tutup di malam ini.. Hancur berderai segala impian aku.. 

Lepas tu aim CS.. Nasib baik ada GPS, kalau nak ikut map yang ada dalam otak maknanya lepas raya la kot baru sampai CS.. Nampak tak betapa slow learnernya aku bab highway kat Malaysia ni... Malangnya tutup jugak.. Malam semalam memang malam memboikot aku dari tengok wayang ke hapa? Sejak bila TVG dgn Cathay boleh jadi bff nak boikot aku dgn jiran tengok wayang ni? Tak faham tau? *tampar pipi tampar pipi*

Akhirnya Bazar Karat je la yang kitorang pergi.. Sumpah bosan.. Tak kena dengan jiwa kot... Total Recall hanya tinggal bayangan.. Frust tertonggeng-tonggeng terus request nak bunga api demi menceriakan hati.. Malangnya bunga api tinggal 2 ikat.. Kejadahnya 2 ikat nak share 10 orang.. Puihh la wahai jiran hoi.. 

Pasrah je la dengan bunga api 2 ikat.. Next destination is kedai makan.. Terbakar habis setelah ber'total walking' dua buah shopping mall tambah sikit bazar karat... Malangnya kembali, kereta jiran yang auwm tu dah disaman kerana parking kereta sesuka hati.. Wahai jiran, jangan lupa bayar compound ye.. Next is kedai makan, malangnya kembali nasi goreng kampung aku masin.. Pasrah je la.. 

p/s: improvement

No comments: