Friday, 27 January 2012

Housie Bukan Kuda

Assalamualaikum!

Yup! Housie bukan kuda tapi short form kepada housemate ok! Pada suatu hari, kami segerombolan housie berasa bosan duduk di rumah dan ingin mencari tiket flight untuk pulang ke kota raya iaitu Las Vegas! Lalu kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kereta kuda dan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kotaraya johore bahure dan membeli tiket flight..Bak kata pepatah sambil menyelam minum air terus batal puasa *tak de kaitan*...

Rombongan kereta berkuda!

Setelah puas bersiar-siar sambil mencuci mata yang tidak berapa nak suci kerana suka menonton filem-filem america, kami mengambil keputusan untuk ke Lapangan Terbang Larkinoh *google sekarang!*..Sambil kami mencari jalan untuk ke sana, kami telah menemui satu artifak *la sangat* yang berharga! Maka kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar sekeping dua untuk dijadikan bahan bukti dan semoga diharapkan dapatlah dimasukkan ke dalam buku teks sejarah tingkatan 1 kelak!

Tinggalan sejarah yang kami maksudkan adalah taman Merdeka, Johor! *Banyak pengantin ^_^*


Tempat ni sangat cantik! Rugi Parameswara tak datang dulu..Infrastructur pun baru, tapi masih boleh upgrade lagi boleh tarik rakyat J W Birch datang melepak tempat ni..Lepas tu tempat ni boleh masuk paper kan kan kan! 


Tempat ni macam buku teks sejarah tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5 la kiranya! Cerita berkisar pasal Malaysia dari zaman penjajah lagi..Interesting sangat sebab die cerita dalam bentuk mural...So senang nak faham la...

Saya tak gay!

us!

Lepas tu semua pun penat berjalan, penat bergambar..Owh lupa plak..Dekat Taman Merdeka ni jugak ada liveband tau!



Setelah berpuas hati *bajet karangan UPSR*, maka kami pun bergerak lah pulang! but before that kenalah ambil gambar bersama-sama.....

us :)

So remember guys!
HOUSIE BUKAN KUDA!

bye bye!

No comments: