Assalamualaikum!
Happy Chinese New Year guys...Orang lain dah berabad wish..Aku baru nak wish..Every year setiap kali CNY jiran depan rumah aku akan buat lion dance...Ulang balik JIRAN DEPAN RUMAH sebab musababnya uncle nie sifu lion dance dakat Sekolah Yu Hua,Kajang...
So aku sebagai jiran depan rumah dia wajiblah keluar sambil menyibuk di hadapan rumah sambil memberi semangat & sokongan padu lagi jitu kepada jiranku ini..Sambil tu tak lupa juga di tangan haruslah ada camera untuk capture moment(s)-moment(s) terindah..Mana la tau tiba-tiba lion tuh ajak kau kawen ke kan *ptuihh*!
uncle...
Tahun ni uncle bawak army lebih sikit! Selalunya uncle bawa lion-lionnya sahaja..Tapi hari ni uncle bawa PURPLE DRAGON ....Memang exsaited habis tak payah cakap la..Aku pun angkut sekali bala tentera yang terdiri daripada anak-anak mak aku asuh belai manja tatang bagai duduk menempel depan rumah dengan muka seposen dengan harapan dapat angpau 3 4 puluh keping sorang!
Bala tentera harapan nusa bangsa kutip angpau!
Dum dum cheeh..Dum dum cheeh..Hambek kau...Sekali die ketuk, bergegar habis satu badan! Jatuh berguguran segala lemak-lemak aku bela..Bebala tentera(s) aku ada yang tunjuk muka takut..Aku gelisah..Ini macam boleh bikin plan batal..
Dum dum cheeh..Dum dum cheeh..Hambek kau...Sekali die ketuk, bergegar habis satu badan! Jatuh berguguran segala lemak-lemak aku bela..Bebala tentera(s) aku ada yang tunjuk muka takut..Aku gelisah..Ini macam boleh bikin plan batal..
Performance memang sangat best..Tambah best bila percuma kan kan kan...Lepas tu lion-lion ni pun berjimba dengan senang hati..Aku pun makin senang hati nak capture moment(s)-moments(s) terindah!Makin lama makin dekat pulak lion ni..Aku ingat aku zoom terlebih..Ghupernye....................
memang dok berjoget depan aku!
Lepas habis sesi tanjat gegirl bersama lion, lion-lion tu pun beramah bermesra dengan peminat eh penonton yang terdiri dari kalangan-kalangan jiran tak kira umur, bangsa ataupun agama..1 Malaysia..*tiba-tiba*
we <3 u lah,LION
Lepas sesi beramah mesra, lion tu jadi penat so lion tu take a break with kit kat! Comel je aku rasa 3 ketul lion tuh melepak mcm ni! COOL bak kata orang america!
=)
After that depa 3 ketul ni makan buah limau..then makan salad la..pastu depa 3 ketul ni macam hormat kat tuan rumah...Depa angguk-angguk, geleng-geleng *nasib baik tak teleng* kepala...
Last but not least, budak kecik pakai topeng tuh *lupa nama dia* dia bagi kacang and sweets kat peminat-peminat setia yang dok tunggu ang pau dari start sampai habis!
Alhamdulillah! Salah seorang army aku dapat kacang dengan gula-gula yang budak ni bagi tapi aku hampeh merasa sebutir kacang pun...ggrrrrrrr
Lepas lion dance..Kami pepara-pepara tetamu VIP disajikan dengan dragon dance pulak *ada ke*! Sangat seronok..Aku dok pikiaq *read fikir* macam mana la naga yang panjang tuh nak berjoget depan rumah kitorang ni yang hanya muat satu lori sampah je bila..Tapi lori bomba pun muat..Arghh ghasak!
Ghupernye senang je! Tak macam aku fikir....
terer kau! respect weh!
Semua pepara-pepara jemputan *tuan tanah kedaung tak jemput pun, kitorang yang pandai-pandai jemput diri sendiri* tepuk tangan sebab dapat tengok lion dance dgn dragon dance FOC!
*standing applaused*
p/s: Terima Kasih tuan tanah kedaung bagi cikedis-dis-dis kat jiran depan rumah tuan tanah kedaung*kitorang la tu*..Happy Chinese New Year kat uncle and family.....!
No comments:
Post a Comment