Thursday, 19 January 2012

Rabu Punyer Cerita

Assalamualaikum..

Ada apa dengan hari Rabu bagi seorang pelajar Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PIS) !
Proud to be one of the premier *kembang lobang hidong sat*...
Ianya sangat la menarik hinggakan mampu tersenyum sehingga ke cuping telinga! OK itu tipu!
AR 201 (Co-curiculum)! yeah..Saya masih lagi mengamalkan aktiviti sihat ini sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman politeknik! *vangga*..Subjek ini WAJIBul ghunnah LULUS! Jikalau tidak haruslah anda berkokurikulum bersama junior-junior sehinggalah lulus..Sungguh tidak menarik kerana ianya akan menjadi perbualan di kalangan rakan-rakan,sahabat handai, jiran tetangga di asrama dan juga kawasan perjiranan di sekitar poli dan ianya sangatlah tidak COOL! Jadi setiap petang pun bermula tepat 1415 haruslah berada di Komplex Sukan yang terletak sejauh 5436 meter dari rumah ku syurga ku untuk melakukan aktiviti yang serba serbi sihat ini iaitu memanah! ye saya ulangi MEMANAH! 

Kenapa memilih memanah! Sebab saya nak try something new! Before ni selalu je tengok orang memanah rasa macam cool je kan..especially para-para gentlemen yang main kan! *imaginasi melampau*...Macam-macam perasaan ada bila dapat tau yang diriku yang kudus dan suci ini berjaya masuk ke Kelab Memanah PIS ! so, sejak first day perjumpaan lagi dah tanam azam yang jitu dan membara dalam diri ini menjadi sehebat ROBIN HOOD *apakah*...

Tapi...........................................................


saya hanya mampu bergambar sehebat Robbin Hood je...Akhirnya Kelas Memanah hanya jadi Kelas bergambar Memanah! Semuanya lost control bila masing-masing dapat pegang bow tu! Baik lelaki mahupun perempuan semuanya jadi terer bergambar bersama memanah !!

Bila masing-masing dah bosan memanah tanpa hala tujuan..inilah jadinya...Lecterur pun hanya mempu pasrah je!

'pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas'

Akhirnya angan-angan dan semangat yang membara dalan dada dah padam! bak kata pepatah hangat-hangat taik ayam, hangat lagi semangat zara! *bahasa jiwa bangsa* Dan akhirnya jugak saya hanya mampu pegang bow & say cheese!

 Don't Try This at Home

Sharp pukul 1615 saya dan semangat yang membara yang dah padam dalam dada pun pulang ke rumah! Ye..pulang ke rumah dan tidur lepas tuh dah lupa apa lecterur ajar petang tadi..Jadi hanya mampu bermimpi untuk jadi sehebat ROBIN HOOD.. Setelah melalui tangga, bukit, cerun etc etc untuk pulang ke rumah.. Maka kaki jadi penat, tekak jadi dahaga.. Rasa macam dah mengembara beribu kilometer *exagorate*..
Nasib baik ada Mani yang rajin piggyback sampai rumah sewa! =).. Thanks ya...


=')

p/s: Sapa percaya mani kendong sampai rumah? angkat kaki sikit..

No comments: