Friday, 6 April 2012

Batu Maloi

Assalamualaikum!

4 hari 3 malam di Kem Perhilitan Batu Maloi, Negeri Sembilan yang tak akan dilupakan.. Khemah banjir, pacat, lintah merayap secara sukarela, sukahati semua jenis suka.. Aku je tak suka sebab geli.. Terima kasih dekat semua yang bersabar setiap kali aku kepochi bila pacat SEEKOR naik atas kaki :D

Kerisauan terhadap right shoulder dislocation hilang bila semua aktiviti berjaya laksanakan *cewahh* Aktiviti climbing & abseiling yang sangat menarik.. 2 aktiviti yang mampu buat seluruh anggota badan nak menggigil dengan riang-rianya... 

Batu Maloi
Memang tak la nak nampak muka aku kan..

Esoknya tambah lagi keseronokan dengan aktiviti survival life.. Memasak dalam hujan.. Lepas tuh semua ahli kumpulan bekerjasama pegang rain coat sebab musabab nak elakkan unggun api padam.. Pergh.. Balik tu memang kena bahan la dengan En Ruzman.. Tuh baru survival namanya :D yer dakk?

Tambah lagi keseronokan dengan khemah banjir di malam hari, semua pun tidur bergelimpangan dekat dewan.. Dah macam mangsa banjir tunggu bantuan makanan dgn pakaian.. Sumpah kelakar.. Tak kan lupa kot..

p/s:  Menunggu gambar dari lecterur-lecterur tersayang..

Tukang amik gambar terlebih excited
DUP 2B TERBAEK!

No comments: