Showing posts with label pakej percutian. Show all posts
Showing posts with label pakej percutian. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Janji ditepati!

Assalamualaikum..

*entry tanpa gambar*

Sabtu hari tu pegi lepak PWTC. Layan Matta Fair. Lepas tu balik rumah eyka dekat Pangsapuri Hospital Ampang.

Ramai gila orang sampai tak sanggup nak stop lama-lama dengar explanation dari each travel agent. Nak snap a picture lagi la tak sanggup. Kutip pamplet banyak banyak je la. Kamera gabak tu tersimpan elok je dalam beg. 

Dari PWTC naik LRT turun dekat Cempaka then naik cab turun depan Hospital Ampang, cross jalan dah sampai Pangsapuri Hospital Ampang.. Yeay.

Rumah eyka tingkat 16, gayat beb! Tapi seronok nampak view Ampang. Kitorang sampai dah malam tak dapat la tengok sunset. Lepas tu layan Running Man dengan Pak Cik Aliff, Eyka dengan Firdaus. Pukul 3 pagi baru tido.

Esoknya overslept. Bangun je dah 9++. Pegi mandi apa semua dah terbau nasi lemak dengan sambal ikan bilis ayah eyka. Fuhh. Tujuan utama datang sememangnya nak makan nasi lemak pun. 3 kali bertambah! 

Bukan gambar sebenar
Alhamdulillah, tercapai hasrat nak makan nasi lemak ayah eyka. Terima kasih pak cik dengan mak cik sebab susah payah masakkan nasi lemak sambal ikan bilis pakej free tips untuk budak tak reti malu megidam mengada-ngada ni.

Lepas tu siap tapau sekali. Dah la tapau nasi lemak dapat pulak pakej percutian ke Raub. Full story coming soon okay. soon. soon soooooooon. 

p/s: Happy Belated Birthday Cik Sapian.


Friday, 15 March 2013

MATTA Fair 2013

Assalamualaikum..


Jom ramai-ramai lepak MATTA Fair weekend ni dan grab macam-macam promotions special untuk pengunjung MATTA Fair.

Ada juga contest untuk pengunjung yang membeli belah di MATTA Fair :)

Tertakluk kepada terma & syarat.
Untuk maklumat lanjut click sini.

My company tak join MATTA Fair but my boss will be there as exhibitor, join company member dia.

p/s: Jumpa dekat MATTA Fair esok :)

Wednesday, 13 March 2013

Visa

Assalamualaikum..

Baru 3 bulan practical blog dah diabaikan dengan begitu sadis. Been quite busy with other social network and movies sampai ter'neglect' blog tanpa sedar. Alasan super lame =='

takde motif letak muka bacin di awal entry!
Macam biasa, hari ni settlekan urusan application visa client. Esok nak kena hantar dekat Embassy China.


Kalau sesiapa yang berhajat nak bercuti ke China, kena apply visa kalau tak tak boleh masuk. Nak apply visa China senang nak meninggal rasanya. First kena ada gambar terbaru size passport, passport, voucher hotel dan tiket flight.

visa application form - passport - gambar ukuran passport yg terbaru
Lepas tu macam biasa isi form ikut format yang dia dah bagi. Form boleh download dari sini. Fill up form, sign, tampal gambar, bawak passport and form yg dah complete then hantar dekat Embassy China, Jalan Ampang tak silap, lepas 4 hari bekerja boleh collect dekat embassy. Buat payment, collect passport then settle :)

Tapi kalau nak senang call/text/whatapps/viber/wechat no ni 017 359 33 94, serahkan passport, visa form yg sudah ditandatangani, tiket flight, hotel voucher dan gambar size passport yang terbaru, buat payment dan siap. Yang lain, kami uruskan *wink wink

fill up form fill up form fill up form
Sekian sahaja berita kami untuk hari ini dari Broadway Travel & Tours. Kita kembali ke twitter.

p/s: #Pray4Sabah

Sunday, 10 February 2013

Minggu lepas

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Internship so far so good. Banyak benda yang aku belajar. Dua bulan internship buat aku sedar, bekerja itu sucks. I rather being a student for my entire life. okay sekarang nak bercerita perihal KERJA.

Muka happy seorang pekerja sementara :)
Last week aku buatkan Visa China untuk dua orang client. Isi form untuk buat visa ni sangat la cerewet. Kau kena isi betul-betul ikut format yang dia dah bagi and kena attach gambar yang latest. Lepas settle semua borang dah isi, pegi Embassy of China. Kena sertakan semua dokumen yang pihak Embassy nak, form yang dah diisi and passport yang valid 6 bulan before nak travel ke China. Lepas tu boleh balik. Jumaat depan lepas Chinese New Year baru boleh amik and buat payment.

No giliran untuk pihak agent.
Lepas settle tu kena amik pass Universal Studio. Weekend ni, incik boss bawak trip ke USS, SIngapore. 


Satu hari yang memenatkan tapi sangat berbaloi. Alhamdulillah.

p/s: Urusan visa, pass masuk USS, pakej percutian sila call saya -17- 359 33 94

Saturday, 26 January 2013

Mengidam

Assalamualaikum..

I've been craving for cuppies since last month so I decide to order it from my friends, Tasneem. Dah berapa banyak kali posponed order sebab Tas tak balik Damansara and her ummi tak buat delivery services. Poor me. Finally, hari ni dapat cuppies tu dari Tas. I'm super excited because it taste so good and yummy.

Muffin vanilla Blueberry filling
Lepas tu teringat pulak chocholate indulgence, secret recipe yang super awesome tu tapi mahal :( Kalau nak beli dekat Secret Recipe jauh, kena pegi Metro Point, Kajang. Kalau nak beli seketul tu tak mampu lari bajet takkan nak beli 1 slice nanti tak boleh share so solutionnya order Moist Chocholate Cake. Murah, sedap, save bajet dan paling penting boleh share dengan family :)

Moist Chocholate Cake
Thank you Tas, cuppies tu tinggal 3 ketul yang gelap-gelap je. Hampeh semua amalkan sistem kasta. Nak yang cerah je, gelap sikit tak nak! Yang Moist Chocholate Cake tu tak makan lagi. Maybe malam-malam sikit la kot. Takpun esok ke buat minum petang..

Lepas amik cuppies dengan cake, keluar makan dgn Tas and Mani.. Yeay. Rindu Cassiah. Tak sabar nak balik Cassiah. 

Muka diterangi nur :)
Gambar Tas takde sebab dia pegi bercinta dg mesin ATM, tu sebab aku dgn Mani je banyak. Siap sempat paksa Mani ambik gambar aku guna phone dia kot..

p/s: Nak order cuppies boleh call saya 017 359 33 94. Takut nak bagi no Tas, nanti dia marah =='. Nanti saya forwardkan order tu pada Tas la :)

p/s/s: Nak bercuti ke Korea atau rancang bajet percutian anda boleh call/ text saya 017 359 33 94 :) 

A day with Incik Boss

Assalamuaaikum...

Kelas kau tajuk. Hari Selasa lepas aku teman IncikBoss pegi Hong Leong Bank buat Payment Invoice. Sambil teman sambil belajar. Nak dijadikan cerita, masa bayar PTT tu kena tunjuk IC sebab Incik Boss takde akaun bank dekat Hong Leong, masa tu jugaklah baru Incik Boss perasan yang IC dia hilang. Aku pulak punyalah sempoi keluar ikut Incik Boss bawak matrik card je. Terpaksalah balik ofis, amik IC aku dan buat PTT. Karang tak berjalan pulak client.

Eyebag dah start bermanja..
Lepas balik, Incik Boss geledah habis briefcase dia apa semua, still tak jumpa. Lepas tu keluar la balik aku dgn Incik Boss nak buat PTT guna IC aku. Tapi before tu amik kawan dia yang gila hensem and dropkan dekat LRT Ampang and buat report polis dulu pasal IC hilang. 

Incik Boss
Lepas dropkan kawan Incik Boss then bayar PTT, kitorang shoot terus pegi ICT Hub dekat Pudu sebab nak buat IC and pegi Tekun. Bila sampai sana, rupanya IC siap dalam 2  atau 3 minggu kemudian. Incik Boss dah susah hati terus blah dari situ then pegi Putrajaya. 

Second Floof, JPN Putrajaya
Nasib baik jalan tak jem sangat sebab kitorang guna MEX :) Dari Bukit Bintang straight ke Purtajaya dalam 20 minit and total tol kena bayar RM 4.00. 

2 kali posing baru lepas!
Sampai je memang takde orang sangat pun. Lepas habis semua. Balik ofis satu keje pun tak siap. Hampeh. Nasib baik keje yang tak involve dgn client :)

Nak bercuti mari call saya 017-3593394 dan check ini untuk rancang bajet percutian anda!

Friday, 18 January 2013

Tahi

Assalamualakum..

Di kala setiap hari naik Alphard incik boss, macam-macam benda berlaku. You get what I meant. Incik Boss - Alphard - The gangs - Radio - The Song - The Lyrics and me of course...

Bila hari-hari naik Alphard of course la hari-hari dengar radiokan Incik boss plak suka layan Hot FM, dari pagi pegi keje balik keje keluar lunch pegi dinner pegi low yat lepak Alamanda lagu dia ulang-ulang-ulang-ulang. Bila dah ulang-ulang-ulang means dah fahal la kan. Yeah memang sangat hafal sebab bila music stop (0:40) nak masuk 'sayang apa khabar denganmu' (0:44) mesti gelojoh nak 'sayang' (0:42) terus jadi 'ssssssssssssssssssss' then buat muka selamba cover salah then the next minute si Pain terus mendajal. Ciskek. Hamjad si Pain ni.. Keje mendajal orang je...


Lepas tu keluar pulak lagu feveret Incik Boss. Yang ni aku rasa memang jilaka sikit. Gelojoh punya pasal aku nyanyi terkurang satu 'bo' terus kena dajal dengan si Pain. Stu Alphard bantai gelak aku. Lepas ni memang tak la aku nak nyanyi dalam Aplhard tu lagi kan. Harapannnnn.


Salam Jumaat and have a nice day. Nak bercuti call 017-359 33 94 :)