Sunday 10 February 2013

Burger Bakar Abang Mubin

Assalamualaikum..

Tadi sempat la kejap pegi sesi menambahkan lemak dekat area Village View, Seksyen 10, Bangi. Kicap baru join jadi stuff burger bakar. Makin hitam legam berkilat kilat la kau Kicap. Pengsan mak aku nak sental kau jadi putih balik nanti. Haha.

meleleh air liur beb!
Aku order chicken pop without cheese and burgermbira without cheese untuk Naqiuddin. Burger aku paling best compare tu burger Naqi. Tekstur burger naqi tu kasar. So big no no for me. Burger aku sedap and Naqi pun cakap sedap. So next time lepak Burger Bakar nak order chicken pop je. 

Kalau sapa teringin nak makan burger bakar jemput datang ke Village View, Seksyen 10 Bandar Baru Bangi. Lepas tu cari Khairul Mubin cakap dengan dia 'sila belanja zara cantik' Okay gurau :)

No comments: