Sunday 15 July 2012

Orang Kaya Baru

Assalamualaikum..

Semalam 14 Julai.. Sapa student poli confirm faham kenapa dengan hari semalam.. Mana taknya.. Bantuan kewangan yang dinanti-nanti dah tiba.. Sesaat kau datang *ramlah ram sangat* hati terus menjerit keriangan.. Maka bermulah insiden terjatuh cinta dengan mesin ATM kan.. Terus rindu setengah mati kalau tak dapat jumpa mesin ATM kan kan..

Semalam beraktiviti dengan housie since PTPTN dah selamat di bank-in kan.. Maka menyewa kereta dan berlibur di kelab-kelab malam, shoping complex, Tesco Extra serta Kip Mart Masai menjadi kewajipan.. Selain itu perut tercinta juga haruslah diisi dengan makanan super best.. Chicken Chop Hutan Bandar semestinya... Terus pandang Nasi Goreng Kampung dengan ekor mata sambil menjeling dengan riaknya..

Semalam berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan kewangan seperti bershopping dengan rakusnya.. Aku berjaya menbeli 2 helai singlet dekat F.O.S dengan harga MYR 6.. Sambil tu dapat bermanja dengan T-Shirt Padinni, 2 helai MYR 36..  Sambil itu stock makanan juga tak dilupakan.. Terima kasih VISA *sambil cium cium kad bank*..

p/s: resit memenuhi dompet

No comments: