Tuesday, 20 March 2012

Midnite di Johor Bharu

Assalamualaikum!

Setelah penat ber'bowling' dan makan makanan yang ohsem, maka kami *eceh* berlima telah mengambil keputusan untuk merayap di bandar JB.. Yeah.. Kitorang pergi satu kereta je sebab yang lagi 3 kereta tak dapat ikut atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan! So yang join hanyalah EdNoraIqmalShahsha and of course la me

Tempat first kitorang pergi adalah City Square.. Disebabkan tempat tersebut yang bosan sebab under construction.. So kitorang decide tengok wayang cerita The Devil Inside.. Frust woih tengok cerita ni.. Rasa macam menyesal je tak beli tiket John Carter..

Macam biasalah, gambar dalam toilet harus lah ada.. Typical la kan :)


Cerita The Devil Inside ni sangat kuat pengaruh agama Kristian.. Tengok je lah jangan percaya sudah.. Basicly cerita ni pasal Maria Rossi yang kena possessed dengan 4 demons.. Dia bunuh 3 orang dan disabitkan tidak bersalah oleh mahkamah atas sebab tidak waras masa membunuh.. Anak dia Isabella Rossi try nak rawat sakit mak dia...Tapi, hurm.. Malas nak cerita, korang tengok la sendiri cerita ini sendiri.. Aku frust sikit sebab habis RM 11 tapi ending macam gampang! grr...*muka ketat*

Mempersembahkan muka super bosan.
Lepas tu plan nak lepak dekat Stualang.. Area The Zon.. Niat di hati nak pergi clubbing, tapi teringat text dari   Yunus.. Terus cancel plan kitorang.. Ehh ehh tak tak.. Tipu je.. Gila haper nak pergi club.. Memang nak kena pelangkung la sorang-sorangkan.. Masa on the way nak ke Stualang, kitorang terjumpa pulak dengan Bazar JB.. Tapi orang JB panggil Bazar Karat..

Parking kereta dekat Jalan Trus dekat dengan temple.. Ye Jalan Trus bukan tegak bukan juga bengkang bengkok..

Bazar karat ni ada macam-macam.. Baju, kasut, aksesori, makanan, minuman, clown.. Macam-macam ada.. Ohh lupa pulak, aku dah terlukakan hati clown tu.. Dia buat lawak tapi aku kata tak lawak pun sebab memang tak lawak terus dia touching dengan aku! *maff, jangan benci saya*

us
Kitorang tak beli apa-apa pun.. Cuma cuci-cuci mata je.. Jalan-jalan sampai la terjumpa Shanghai Dhobi..

Dekat sini kebanyakkan penjual berbangsa cina.. Memang sesuai la dengan nama kan.. For those yang suka dengan kraftangan cina boleh la singgah dekat Shanghai Dhobi, Jalan Tan Hiok Nee..


Then kitorang tunggu Najib dekat Bazar Karat Sebab kitorang tak tau jalan nak pergi Stualang.. While waiting, wajib lah bergambar kan :)

Then kitorang bergerak ke Stualang... Sampai sana tak pergi mana-mana. Cuma pusing-pusing je kat area The Zon. Tak turun dari kereta pun.. Then balik ke Pasir Gudang.. Boleh pulak sesat.. Tapi akhirnya jumpa jugak jalan menuju kebenaran *hotak kau*.. Siap tanya mat rempit tuh.. Terima kasih abam rempit.. Cayalah rempit awww *dang*

Kitorang plan nak singgah Danga Bay dengan Pandan Uptown tapi, kitorang hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya *eceh* Kitorang pun tak singgah plus aku pun dah tak larat nak drive.. Before balik singgah makan dekat Medi Cafe,Taman Pelanduk .. Lepas tuh, minyak kereta banyak lagi.. Terus suruh Iqmal dengan Ed perabihkan minyak kereta.. 

Alhamdulillah, habis dah cerita sehari suntuk keluar merayap :)..

p/s: Khamis balik Kajang! *dediks*


I always love you!

2 comments:

Ismail Fitry said...

Patut lah bau hancing, ada gambar dalam toilet hehehe....

Nur Zahraa Zainal said...

omboih! tandas kat CS tu wangi je rasanya :)