Sunday, 19 February 2012

Habit!

Assalamualaikum!

Sidang dewan sekalian, tahukah anda yang mata burung unta lebih besar daripada otaknya *tibe-tibe*..Aku memang fail nak buat pendahuluan.. OK lah, terus ke titik *google translate* Hari ni aku nak cakap pasal habitkan *tipu kalau kau cakap takde* Semua orang ada certain-certain habit..
  • Gigit kuku!
Ada sesetengah orang suka gigit kuku.. Tak kira lah dia buat apa pun, mesti gigit kuku..Sambil termenung ingat kat chenta hati ke, sambil kusyuk dengar gosip ke, tengok tv ke, berak ke *opss*..Tak kiralah apa aktiviti dia, dia akan gigit kuku..Aku agak memang habis kuku dia semua kalau hari-hari gigit kuku..



  • Baca paper!
Perasan tak ada sesetengah orang akan baca dari belakang dulu especially lelaki la..Kadang-kadang tu ada jugak yang baca ikut bahagian-bahagian yang tertentu contohnya baca bahagian  gosip retiss dulu baru baca berita! Macam aku, aku akan start baca cerita yang keluar dekat front page dulu =)..


  • Tidur lepas makan!
Ini aku admit, kadang-kadang aku selalu buat..Tak selalu rasanya aku buat...Lepas makan aku baring-baring depan tv then tertidur terus..Bukan sengaja tapi tertidur lagi-lagi lepas lunch kan..Tengah hari, panas terik,duduk dalam air-cond pulak..aisyh..nikmat weh!



  • Chewing gum
Pernah tak terpijak chewing gum, chewing gum melekat dekat baju kadang-kadang terpegang chewing gum melekat bawah meja *especially meja dekat makmal sekolah dan sewaktu dengannya*! Yuckss...Pengotor la woi..Kalau korang *yang buat perkara-perkara syaitoon tu* yang kena, bukan main sumpah seranah yang keluar dari mulut korang..grrrr



  • Mamak dan bola!
Mamak dengan bola memang ada chemistry! Aku pun tak berapa nak faham bistro dengan bola tak masuk..Mungkin sebab bistro tak berapa sweet dengan bola! *mungkin* Kalau musim bola, pepara-pepara boypreng confirm lepak mamak sampai pagi, itu jam kau text ke call ke, jangan harap dia layan!



  • Rokok!
Kalau dah perokok tegar tu jangan cakaplah! Setiap benda nak buat mesti selang seli dengan rokok! While driving pun merokok, tengok tv nak merokok, lepas makan merokok, before tidur merokok, bangun tidur merokok even dalam jamban pun boleh sental merokok jugak!



Korang ada habit yang lagi pelik daripada yang aku cerita ni tak? 


p/s: Aku suka letak barang merata-rata, then aku akan lupa! Itu consider habit tak?

2 comments:

smaqwhydas said...

ade2. hahha. aku suke cium bnde2 baru yg aku dpt or bli. hahha :) and aku suke main bucu bantal smpai aku tertidoo. hahha

Nur Zahraa Zainal said...

amboih kemain lagi! dasat tapi pelik!